Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 17 April 2011

Etude House Promotions

Salam..


Saya baru je bercadang nak pergi Etude House jap lagi.
Tapi bila tengok ni.. hahaha
Okey.. saya postponed la.
Esok saya pergi. 

Dengan pembelian RM30 akan dapat  Trial kit kat atas tu.
Lagi banyak beli lagi banyak la dapat.
Lagi banyak beli lagi jahanam la purse tu.
Kihkihkih..

Sila print color / black & white yeay utk dapatkan disc.. sementara stock masih ada.
Sapa-2 nak rembat BB.. sila cepat :P~...


This one pulak.
Ingat tak  beberapa hari lepas saya ke Etude House..
Yea. saya sudah inlove sama..

BB MAGIC CREAM SPF 30..
Memang nak rembat dah hari tu,
Tapi hati ni kata.. tunggu dulu.
Yeahh mana lah tahu kan hari ni dia Adv pulak..
Ada 50% tu.. seb baik x beli hari tu.

Dan tak sabar juga mau beli new product dari E.H.
Dengar cite produk ni menggantikan Petite Darling Lipstick.
Adoii bila gua nak berhenti ni?
Kikikiki..


Oh ye.. ini sale start  

18 April - 28 April 2011

Thursday, 14 April 2011

Pau Ajaib Pencuci Muka ...!!!

Salam,

Haiii..haiii....haiiii..

Heheheh.. happy semacam lak kan.
Lol.. tadi saya pergi Etude House lagiiii..dan lagiii..
Maybe ini yang terakhir untuk bulan ni.
Oh, tadi saya pergi belikan barang yang kawan kirim.
Betul tak tipu..
Saya?
Erhh saya pon terbeli juga lah.. dushhh..!!!
Okey , yang tu lain kali cerita lah.

Ni nak cerita tentang Pau Ajaib Pencuci Muka..
Apa benda nih?
Kuih pau boleh cuci muka ker?
Kekekeke.. bukan kuih pau tu la, yang pau kaya, pau kelapa.
Ishh semalam pergi hospital ada, pakcik jual pau kat depan lobi tu.. sedap woo.
Erhh ni cerita kuih -pau.

Okey-2..
Tadi saya beli ni..

 Natural Jelly Cleansing Puff

 Macam kuih pau kan? Gebu..

 Tapi ini pau tak boleh makan dik.. ini pau jelly :P~

Untuk mencuci / scrub muka dengan lebih bersih.
.tanpa rasa sakit/kasar.
baik juga utk blood circulation

Hehehe..
Sebelum ni dah banyak kali nak beli.
Tapi tak terbeli2..
Tadi tu yang lama pasal nak ingat la mende nak beli ni..
Sementara sale tu ada kan. :P
Oh ye, GP SALE sampai 17 April 2011.
Err boleh la 3 kali pergi lagi..

Sebelom ni, saya guna Facial Brush dari Body Shop.
Yang tu saya x guna selalu.
If saya  bermake-up baru saya guna.
Lagi bersih la guna facial brush ni.
Ekceli tangan /jari kita ni hanya mampu mengosok luaran je. 
Cuba amik cotton pad tu letak toner sket.
Sapu kat muka..sure ada kesan make-up tu lagi.
^_*
Tapi skrg , saya dah tak risau nak guna hari2
Jelly Cleansing Puff ni coz dia lembut.

Dia datang dengan tali, 
so lepas guna bilas bersih2.
Dan gantung, untuk keringkan.
Kalu tak kang tumbuh pokok taugeh lak kat situ. 
Hehehe.


Etude House : Bb Cream & BB Balm

Salam




Perbezaan BB Cream & BB Balm


alamak,nampak terang sgt gambar dgn flash ni..Miss Red ni x sporting lah




Di antara dua2 BB ni, mana satu yang saya suka?
Dah tentunya BB Balm.
Pertama sebab senang nak guna. Mudah mesra dengan skin & smooth.
BB Magic Cream                     BB Magic Balm





BB Cream pulak, kena pandai apply.
Saya tak pandai T_T
Dan agak tebal. Lambat sikit nak sebati dengan skin saya.
Selalu saya akan guna sponge utk meratakan bb cream ni supaya tade la sebelah tebal, sebelah nipis.
Dah pakai BB ni tapayah pakai compact powder pon tape.
If nak pakai guna suka hati la.
Tapi saya suka guna loose powder bila pakai BB cream.


Korang pulak suka yang mana?
Ohyer, nak tanya la, cara korang apply bb cream @ bb balm ni camne?
Sapu ke bawah ker? Sapu ke atas ke?
^_*

Wednesday, 13 April 2011

Etude House Skincare : Mini Size U Pore Refresh Astringent

Salam,

HelooOOOooo, :P

Hari ni saya nak share tentang tips berjimat cermat bersama produk Etude House yang terpilih.. :P~
Best tau pakai ni, leh  tengok kesan dia dalam seminggu camtu.. Saya ada dapat sample hari tu. So saya pakai lah. Then ade perubahan yang okey. So terus beli botol besar ni.

Mini Size U Pore Refresh Astringent 490ml
-Aesthetic pore care line formulated with fermented Rice Wine sediment to nourish while tightening pores. Pore Tightening Astrigent removes embedded residues with moisturising and cooling properties. -
 1. Besar kan corong tu.
2. Sekali pump boleh basah cotton pad

3. Nah, muncung pump ni besar ok.


Sebab dia besar lah saya tak suka. Sebab apa ko tak suka? Sebab skali pump je boleh basah sme cotton pad tu. Buat apa nak basahkan sme? Tak yah  banyak sangat guna Mini Size U Pore Refresh Astringent  ni. Bila apply kat muka dia cepat resap. Dan sisa basahan kat cotton pad tu terbuang camtu je. Tak baik membazir okey. Hehehe, banyak la punya x baik membazir. Ni beli etude beratus2 ni x bazir ker.. Gulpsss.. tak boleh jawab yang itu . :P~

So untuk mengelak pembaziran yang tak patut ini. Saya mencari alternative lain. Iaitu transfer kan Mini Size U Pore Refresh Astringent  ni ke botol yang lebih kecil .


 4. Ini botol Mini Size U ( sample) sy dpt bulan lepas kot.
5. Saya just halakan botol kecik tu ke muncung Mini Size tu. Besar k muncung tu muat masuk dlm botol kecik tu.
6. Taraaa..!!! Dah dapat 20ml Mini Size U Pore Refresh Astringent 
Saya boleh pakai yang kecik ni selama 2 minggu.
Senang juga nak bawa kemana2.
Kalau yang besar tu kene simpan elok2 kang terpump, nangis ok..

-

Abaikan lah  line2 pada gambar tu yer.
Masa ni Miss Red saya kene sawan Line  - nama dia.
Hehehe. 

T_T sakit hati okey.!!!

Tuesday, 12 April 2011

Etude House Makeup's : Miss Tangerine Sweet Shower Lips

Salam,




Hari ni saya ada meeting.
So pakai lah make up skit.
Selalunya saya jarang bermake-up ke office.
Bukan tak nak, tapi ada sebab2 nya.
Lebih baik mengelakkan sesuatu yang tak patut terjadi.
Huhuhu..

So, hari ni saya guna lipstik dari 
Miss Tangerine : #3 Miss Sunny Tangerine.
Arghhh suka nye, bila apply je lipstick ni macam melt je kat bibir.
Yang paling  best , bibir berperisa tangerine sakarang ni.
Rasa nak makan orange la.
:P~

Ekceli masa teman Dijah pergi EH hari tu, 
saya x berminat pon nak beli Miss T punya collection.
Sebab saya rasa warna2  dari Miss T ni tak berapa sesuai dengan skin tone saya.
Maklumlah saya ni cerah sangat :P~
Tapi tengok Dijah dok try2, saya pon try la skali..
Errhhh..ehhh, skali dah try terus terjatuh chenta tengok bibir sendiri berkaler Miss Sunny ni.
Terus tercakap , I nak yang ini dekat S.A.
See, betapa senang nya dirasuk kat situ..
Hahahaha

Miss Tangerine Sweet Shower Lips ni ada 5 Color kalau tak silap.
Tapi Kat Malaysia ni dia bawa 3 color jer T_T.
Tak adil okey.
Kenapa E.H Malaysia x bawa masuk sme produk?
Arghhhh.. benciii.

Miss Tangerine Sweet Shower Lips
#03 Miss Sunny Tangerine


--




Sakit hati okey, tengok gambar2 yang di ambil dari Miss Red skang ni.
Mentang2 lah saya ada berura-ura nak beli Camera baru. 
Miss Red merajuk buat hal sampai ambil gambar pon da x cantik mcm dulu.
Skang sme gambar ada line2. Miss Red punya lens kat dalam tu dah rosak.
If nak ganti, boleh dapat sebiji camera baru.
So Miss Red. kalau ko buat perangai mcm ni.
Ko akan di buang dalam kotak harta karun.
T_T

Sunday, 10 April 2011

Midorii sudah ade teman baru..

Salam,

Hi, hari ni nak share kawan  baru Midorii.
Erhh siapa midorii tu?
Hahaha Midorii tu  patung katak peliharaan saya.
Midorii tu nama apa?
Midorii  adalah bahasa japan.. Bahasa melayunya adalah hijau.
Midorii ni , ehmm my BFF  saya yang bagi.  Tq.Mr.X-Men :P~
Hihihi..Saya dah lama tau bela midorii ni.
Ermm, ade 7 tahun kot. Yela that time saya kerja kat satu  company advertising ni.
Dia lah kawan baik saya. Ikut saya kemana2. Saya gantung dia kat beg. :P

Lepas tu dua tahun lepas midorii ada kawan baru, Tiger nama dia.
Tiger ni, my  chinese mummy yang bagi.
Hadiah persahabatan katanya. Hihihi
Masa tu, saya nak berhenti kerja.
So dia bagi untuk  kenang-kenangan, tapi last2 tak jadi berhenti pulak.
So keep je lah.

Lepas ada tiger..baru-baru ni saya dapat satu teddy bear  peach yang kawaii.
Teddy bear ni, dijah yang bagi masa 1st time saya jumpa dia last two week.
Suka sangat, gebu n halus . Saya bagi nama teddy bear ni Momo.



Momo, Tiger & Midori


Thanxxxxxxxxxxxxx Dijah,bagi akak Teddy Bear yang kawaiii ni 



Saturday, 9 April 2011

I am full of pain

Salam,


I'm having full body pain.
My throat is really sore & im losing my voice.
Hi-fever, extremely bad cough...nice package.. T_T.
Just got the results of my blood test.
T____T
 
 
 
 
-
... Apa pon yang terjadi, saya redha dengan ketentuan -NYA.