Salam,
Yeay dah raya..Alhamdulillah sempurna dah sebulan berpuasa. Saya dapat berpuasa 29 hari. Walau pun tak sihat, saya gagahkan diri juga nak berpuasa. Tahun ni satu persiapan raya pun saya tak buat mahu pun beli. Baik dari baju raya & kuih. Walaupun saat-saat akhir 2-3 hari lepas husband paksa juga beli baju raya. Saya cuma beli sehelai tudung je. Sbb husband dah merajuk. Bukan apa, langsung takde rasa nak beraya thn ni. Kalau ada umur panjang & rezeki..InsyaAllah tahun depan kita sambut raya dgn meriah. Itu janji saya pada husband.
Mak saya ada lah beli biskut raya 3-4 jenis. Raya kali ni mak masak rendang ayam 4 ekor. Rendang daging 4 kilo. Nasi himpit, kuah kacang dan lontong. Mak masak banyak sebab ada tempahan dari kawan dia. Saya cuma beli lemang je. Niat di hati nak juga masak nasi tomato. ayam masak merah & acar timun. Tapi awal2 dah kene sound suruh duduk diam2. Hurmmm..
Pagi tadi tergerak hati nak tanya mak, ttg bayaran zakat fitrah. Mak cakap entah siapa lah yang nak bayarkan utk mak. Memang terbakar hati saya dgr mak ckp mcm tu. Nasib baik husband mmg nak pergi bayar. Saya tahu mak kecik hati dengan sikap anak2 dia yang mcm .....
Raya kali ni pada mak sama mcm raya 2-3 thn sebelum ni..anak2 kesayangan mak buat perangai. Saya rasa drama2 raya , ttg anak2 yang derhaka tu belum mampu membuka hati , tauladan dan pengajaran pada manusia2 yang mati hatinya. Bila anak2 yang diharapkan menjaga seorang ibu, lebih pentingkan orang lain.Lebih pentingkan bahagianya sendiri dari bahagia seorang ibu. Huhhh...Bengkak mata mak menangis sepanjang malam, mmg sangat melukakan hati saya.. Doa saya di hari yang mulia ni, semoga tuhan buka kan pintu hati mereka2 tu. Jangan sampai tak sempat minta ampun.
Hari ini saya diberi kesempatan untuk beraya dan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 28. Semoga sy diberi kesihatan yang baik, murah rezeki & bahagia disamping husband & emak.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.
No comments:
Post a Comment