Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 30 April 2011

Etude House 3rd Anniversary Sale

Salam
    




Hehehehe.. 
Sebagai penutup aktiviti menggila shopping product  Etude House 
untuk bulan April yang bersejarah ini..



Terimalahhhhh....





Tiga Recycle Bag from Etude House.
Recycle bukan sebarang recycle yer.. 
Isi dalam tu boleh tahan  berat juga. Tu yang sampai 3 bag ..:P
Bag je lah boleh recycle.
Duit ko lebur dalam tu  x boleh direcycle yer.
Tapi product tu boleh la guna sampai abes or tak habis boleh je di re-stock :P




Sale kali ni lagik best dari GP Sale.
Tapi  tak puas hati woooo..
Saya beli  peeling mask tu 30% masa GP Sale.
Tapi kali ni 50%.
Nangis je hati ni tgk.
T__T
Barang2 yang  berdiskaun 50%
adalah product Lipstick, Eyeshadow, Peeling mask,Perfume.
Skincare 30% . Ada juga 50% tapi selected item la.

Tadi  saya telah menukar  2 beauty passport saya  kepada RM50 cash voucher.
Hehehe... dan saya telah dibelanja secara hebat oleh seseorang.
ありがとうございました Jie San..

Orang dah  offer nak belanja kan. Tapayah lah nak memalu segan.
Buat muka toya je rembat .. Hahahaha.
Sebenarnya saya menemankan seseorang  , 
katanya nak belikan hadiah utnuk bakal GF?
Huhhh, ngada je..
Dah lah dibelanja, sticker pun dia bg skali. 
Heiii. esok nak pergi semula ke EH.
Tapi esok Eh lain yer. bukan Eh Fav.
Sebab per?
Tu lah Jie San,
nak beli barang yang tade kat EH fav st ni.
Teman je la, mana tahu tuah ayam nampak di kaki.
Tuah saya  dibelanja sekali lagi..
Hahahaha



Wednesday, 27 April 2011

Happy Birthday to Etude House...!!!

Salam..


Nahhh.. entry khas untuk perminat tegar Etude House.

Start 29 April ni. Ada 3rd Anniversay Celebration.
Sila lah berkunjung ke Etude House berdekatan  dan berjauhan anda..

:P

From 29th April - 31 May 2011 we are having promotion as below:

1) Purchase RM50 and above, FREE Recycle Bag.
2) Purchase RM80 and above, can choose any two item @ special price from the list.
3) 5 pieces mask sheet @ RM12 (Pre-pack)
4) 3 pieces
Good Bye Dark Eye Circle
patch @ RM12
5) 2 bottles of Fresh Nail Wash @RM8
6) ONE Mascare Remover + ONE Eye and Lip Remover @ RM25
7) Other items discount up to 50%





While stock last~



Siapa-siapa yang tak add lagi Etude House kat Fb or Twitter bleh la add yer..

Hehehehe....
tak sabar pulak nak pergi Etude...
:P~

Tuesday, 26 April 2011

Etude House Makeup's : Milk Screw Lip Balm

Salam,

... dah la, simpan dulu cerita  rebel person tu..

Hari  ni  pergi kerja. dengan mood huru hara.
Nak nangis pon ada. 
Saya x pakai pape make-up pon.
memang muka  mintak kene  sepak je pepagi tu.
Hahahah..

Sebab kan  memang niat tu tade nak pergi kerja.
So saya  x kemas pon  bag saya. 
Saya lupa nak masukkan Lip balm dalam bag.
Saya ingat  mmg ada. Tapi saya lupaaaa...
yang saya dah keluarkan  semua  barang2 dalam bag.. 



 Milk Screw No.2 Apple Milk & Milk Screw No.5 Mango Milk

Milk Screw No.5 Mango Milk

My favorite lip balm ever!!!..
Sangat2 suka, coz dia dpt melembabkan bibir saya yang sentiasa kering,  
due to my bad health. T_T.
Selain  minum air sebanyak yang mungkin.
Sejak saya pakai ni lebih kurang 3 minggu kot. 
Jarang  sekali bibir saya mengelupas atau berdarah.
Jap2 saya apply lip balm ni ke bibir. 
Hihihi.. rasa dia best, ada rasa manis2 sket. Nice smell..!!!
Saya beli lip balm ni dekat E.H T.S hari tu masa 1st time jumpa Dijah.
Harga Lipbalm ni RM10 for two.
Saya pon tatau napa dia jual camni. Maybe utk habis kan stock kot.
Harga setiap satu RM8.90 x silap.
Tujuan beli that time pon.. err tatau la. sebab murah kot. 
Hahaha..
Dia ada 5 jenis.
Tapi saya rembat 2 ni.

Ekceli saya ni tak suka pakai lip balm. Sebab mcm berminyak bibir.
Rasa bibir tu mcm tebal. Tak suka-tak suka.
Tapi bila dah pakai.. erhh sukaaa nye.
Sampai bawak kemana2. Saya simpan lip balm ni dlm poket. 
So saya pergi mana2 pon saya boleh apply lip balm.
Hahah, mcm addicted lak.

Rasa mcm nak pergi E.H lagi la nak bli 
Milk Screw ni buat stock.
Tapi hari tu tgk kat E.H fav saya tu dah tade mende ni.
Ermm..
Ada lagi satu, tapi saya x nak pakai lagi.
Saya nak guna lip balm tu sampai habis baru buka yang baru.



-----------------------------------




Sunday, 24 April 2011

.... ya, gua rebel person.. so?


Salam,


Harap2 ujung bulan lima ni..
Gua free and easy..
Gua harap boss kick gua  esok.. 
Susah sangat dia nak lepas gua.
Gua benci kerja dengan manusia  mcm ni.
Jiwa gua terkurung.
Jiwa gua sengsara.
Huhhh.. 


Gua dah plan  hal ni lama sangat  dah.
Gua nak pergi cari something yang dah hilang dari soul gua
Gua nak  kembali  ke landasan yang gua cipta dulu.
Gua nak gunakan  apa yang gua ada.
Gua nak bantu dia...


Arghhh..
Susah  nak cakap.
Ni gua dengan Allah je tahu.
Gua dah dapat apa gua nak.
Cuma masa je , taknak geng  dengan gua nak buat benda ni..

Gua nak start balik jadi artist jalanan.
Gua nak  dia cakap, hoii  lu  wat kerja ni sesia lah.
Gua nak dia kagum dengan hasil kerja gua..
Gua nak dia marah gua hari2..
macam dulu-dulu.
Dia tegah gua  jadi mcm ni.
Sebab  dia cakap ini  buang masa.
Sebab dia cakap gua  asyik hidup  dalam  kenangan. 
dia cakap gua terlalu simpan semua ..
sampai gua  jadi macam ni..

Dia fikir gua tak boleh  cari rezeki  dengan  kerja ni.
Heyy.. gua dah buktikan pada dia. 
Gua dah bagi lebih dari apa yang  "engineer2" dia bagi kat dia.
Memang  gua rebel person.
Tapi gua tak pernah lupa dia siapa.
Gua manusia tak pernah lari dari janji.


=========================================


 Gua nak  kuarkan satu  artwork tentang  soul dia.
Seyes gua nak  ceritakan  hidup dia dalam  artwork gua.
 Gua nak mendalamai perasaan dia. 
Gua nak luorang tahu.. cerita jiwa yang menderita.
Jiwa yang susah  lu orang nak faham dengan kata-kata.
Sebab lu orang tak pernah merasai apa yang tuhan  dah  uji dia.
Mungkin lu orang  fikir ini,cuma sampah
Tapi lu orang tak tahu. 
Sebab lu orang  bukan dalam cerita  ni.
Gua nak  engineer dia melutut sembah pada dia.
Gua nak  dia tahu, engineer dia ciptakan tu, bukan seperti yang dia harapkan.
Gua nak dia tahu. gua juga sehebat  engineer dia.
Gua taknak dia bezakan engineer dia dengan gua yang picisan ni.
Gua janji dengan diri sendiri. 
If gua  gagal dalam  impian gua ni.
Gua bakar  semua artwrok gua. 
Dan gua tak akan sesekali lagi, mengaku gua ni  artist
Gua dah cukup penat  bila, gua selalu dibeza-bezakan.
....




Thursday, 21 April 2011

Free Campbell’s Instant Soup...

Salam..

Hari ni saya MC.
Huahuahua.. MC sampai minggu depan.
Padan muka LEMPENG tu.
Saya off Hp hari ni..

Oh pagi tadi,
Saya dapat  satu parcel dari Pos Laju.
Orang Pos Laju ni ketuk pintu macam nak roboh je.
Kuat gila..


Hari tu saya ada main game dengan CampBell's kat FB.
Tag 7 org kawan.
Then isi form ttg details kita.
Untuk dapatkan sample dari Campbell's

The free Campbell’s Instant Soup are fast disappearing..
If you haven’t gotten yours yet, you don’t know what you’re missing out on…
You don’t wanna be the only one in town not enjoying
a warm cup of delicious soup.. ;-)
60 more minutes & very limited samples left…. http://apps.facebook.com/soupsample/


Dapat surat chenta skali :P~

 Saya dapat Cream of Mushroom
Makan dengan roti bakar sedap ni.
Yummmmeeeyhh!!!.


Tatau lah ada lagi ke tak free sample ni. 
Coz dia nak bagi kat 2000 org je.

--------------------------

Saya dah try sebungkus, makan dengan roti bakar baru jap tadi.
hari ni saya seorang je kat rumah.
Tak masak.
N tade apa pon yang boleh dimakan.
Huahuahua.. pemalas tol nak masak.

Tetiba lapar lak.
So panas kan air,
tatau roti sapa kat dapur tu?
Hahaha.. adik saya punya kot.
So  amik  2 keping then  toast.
Cicah dengan Campbell's Soup.
Burpp.. Alhamdulillah..


Wednesday, 20 April 2011

Etude House : Gingko Lip Patch

Salam,,,

Malam ni saya pakai Gingko Lip Pacth dari Etude House.

 Saya beli ni beberapa hari yang lepas.
RM6.90



 Gingko Lip Patch ni mcm Koyok.. hehehe
Bila pakai rasa sejukkkk sangat mcm kita tampal koyok tu.





Saya ingtat kan dia basah berair macam Eye Patch.
Tapi tak.. sebiji koyok la.. haihhshh.
Just  remove clear  film tu n lekatkan kat area atas n bawah lips kita..
Tanggalkan lip pacth ni  selepas 20-30 minit.

Formulated with Ginkgo Lip Patch has ginkgo leaf extracts,
to help remove excess residue, rejuvenating and brightening skin around the lip.

Hasilnya, tak lah nampak ketara perubahan tu,
Kata pon baru sekali  guna kan.
Nak tengok  berkesan ke tak
kena stock up la beberapa keping lagi.

Ada je kan alasan nak pergi E.H lagi..
Dushhhh...diri sendiri
T___T

Entah ...

Entah...
Sudahku bilang berkali-kali..
Tapi seperti engkau tak peduli.
Ini cerita tentang hati?
Atau tentang mati?

Entah..
Sudah aku tolak sampai mati.
Tapi seperti engkau tak mahu pergi
Ini cerita dua hati.
Yang sudah tiada erti..
Apa mahu mu lagi?
Entah..
Yang pasti ini tak mungkin akan terjadi.
Kerna hati sudah dimiliki..
T___T





---