Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 30 April 2011

Etude House 3rd Anniversary Sale

Salam
    




Hehehehe.. 
Sebagai penutup aktiviti menggila shopping product  Etude House 
untuk bulan April yang bersejarah ini..



Terimalahhhhh....





Tiga Recycle Bag from Etude House.
Recycle bukan sebarang recycle yer.. 
Isi dalam tu boleh tahan  berat juga. Tu yang sampai 3 bag ..:P
Bag je lah boleh recycle.
Duit ko lebur dalam tu  x boleh direcycle yer.
Tapi product tu boleh la guna sampai abes or tak habis boleh je di re-stock :P




Sale kali ni lagik best dari GP Sale.
Tapi  tak puas hati woooo..
Saya beli  peeling mask tu 30% masa GP Sale.
Tapi kali ni 50%.
Nangis je hati ni tgk.
T__T
Barang2 yang  berdiskaun 50%
adalah product Lipstick, Eyeshadow, Peeling mask,Perfume.
Skincare 30% . Ada juga 50% tapi selected item la.

Tadi  saya telah menukar  2 beauty passport saya  kepada RM50 cash voucher.
Hehehe... dan saya telah dibelanja secara hebat oleh seseorang.
ありがとうございました Jie San..

Orang dah  offer nak belanja kan. Tapayah lah nak memalu segan.
Buat muka toya je rembat .. Hahahaha.
Sebenarnya saya menemankan seseorang  , 
katanya nak belikan hadiah utnuk bakal GF?
Huhhh, ngada je..
Dah lah dibelanja, sticker pun dia bg skali. 
Heiii. esok nak pergi semula ke EH.
Tapi esok Eh lain yer. bukan Eh Fav.
Sebab per?
Tu lah Jie San,
nak beli barang yang tade kat EH fav st ni.
Teman je la, mana tahu tuah ayam nampak di kaki.
Tuah saya  dibelanja sekali lagi..
Hahahaha



Wednesday, 27 April 2011

Happy Birthday to Etude House...!!!

Salam..


Nahhh.. entry khas untuk perminat tegar Etude House.

Start 29 April ni. Ada 3rd Anniversay Celebration.
Sila lah berkunjung ke Etude House berdekatan  dan berjauhan anda..

:P

From 29th April - 31 May 2011 we are having promotion as below:

1) Purchase RM50 and above, FREE Recycle Bag.
2) Purchase RM80 and above, can choose any two item @ special price from the list.
3) 5 pieces mask sheet @ RM12 (Pre-pack)
4) 3 pieces
Good Bye Dark Eye Circle
patch @ RM12
5) 2 bottles of Fresh Nail Wash @RM8
6) ONE Mascare Remover + ONE Eye and Lip Remover @ RM25
7) Other items discount up to 50%





While stock last~



Siapa-siapa yang tak add lagi Etude House kat Fb or Twitter bleh la add yer..

Hehehehe....
tak sabar pulak nak pergi Etude...
:P~

Tuesday, 26 April 2011

Etude House Makeup's : Milk Screw Lip Balm

Salam,

... dah la, simpan dulu cerita  rebel person tu..

Hari  ni  pergi kerja. dengan mood huru hara.
Nak nangis pon ada. 
Saya x pakai pape make-up pon.
memang muka  mintak kene  sepak je pepagi tu.
Hahahah..

Sebab kan  memang niat tu tade nak pergi kerja.
So saya  x kemas pon  bag saya. 
Saya lupa nak masukkan Lip balm dalam bag.
Saya ingat  mmg ada. Tapi saya lupaaaa...
yang saya dah keluarkan  semua  barang2 dalam bag.. 



 Milk Screw No.2 Apple Milk & Milk Screw No.5 Mango Milk

Milk Screw No.5 Mango Milk

My favorite lip balm ever!!!..
Sangat2 suka, coz dia dpt melembabkan bibir saya yang sentiasa kering,  
due to my bad health. T_T.
Selain  minum air sebanyak yang mungkin.
Sejak saya pakai ni lebih kurang 3 minggu kot. 
Jarang  sekali bibir saya mengelupas atau berdarah.
Jap2 saya apply lip balm ni ke bibir. 
Hihihi.. rasa dia best, ada rasa manis2 sket. Nice smell..!!!
Saya beli lip balm ni dekat E.H T.S hari tu masa 1st time jumpa Dijah.
Harga Lipbalm ni RM10 for two.
Saya pon tatau napa dia jual camni. Maybe utk habis kan stock kot.
Harga setiap satu RM8.90 x silap.
Tujuan beli that time pon.. err tatau la. sebab murah kot. 
Hahaha..
Dia ada 5 jenis.
Tapi saya rembat 2 ni.

Ekceli saya ni tak suka pakai lip balm. Sebab mcm berminyak bibir.
Rasa bibir tu mcm tebal. Tak suka-tak suka.
Tapi bila dah pakai.. erhh sukaaa nye.
Sampai bawak kemana2. Saya simpan lip balm ni dlm poket. 
So saya pergi mana2 pon saya boleh apply lip balm.
Hahah, mcm addicted lak.

Rasa mcm nak pergi E.H lagi la nak bli 
Milk Screw ni buat stock.
Tapi hari tu tgk kat E.H fav saya tu dah tade mende ni.
Ermm..
Ada lagi satu, tapi saya x nak pakai lagi.
Saya nak guna lip balm tu sampai habis baru buka yang baru.



-----------------------------------




Sunday, 24 April 2011

.... ya, gua rebel person.. so?


Salam,


Harap2 ujung bulan lima ni..
Gua free and easy..
Gua harap boss kick gua  esok.. 
Susah sangat dia nak lepas gua.
Gua benci kerja dengan manusia  mcm ni.
Jiwa gua terkurung.
Jiwa gua sengsara.
Huhhh.. 


Gua dah plan  hal ni lama sangat  dah.
Gua nak pergi cari something yang dah hilang dari soul gua
Gua nak  kembali  ke landasan yang gua cipta dulu.
Gua nak gunakan  apa yang gua ada.
Gua nak bantu dia...


Arghhh..
Susah  nak cakap.
Ni gua dengan Allah je tahu.
Gua dah dapat apa gua nak.
Cuma masa je , taknak geng  dengan gua nak buat benda ni..

Gua nak start balik jadi artist jalanan.
Gua nak  dia cakap, hoii  lu  wat kerja ni sesia lah.
Gua nak dia kagum dengan hasil kerja gua..
Gua nak dia marah gua hari2..
macam dulu-dulu.
Dia tegah gua  jadi mcm ni.
Sebab  dia cakap ini  buang masa.
Sebab dia cakap gua  asyik hidup  dalam  kenangan. 
dia cakap gua terlalu simpan semua ..
sampai gua  jadi macam ni..

Dia fikir gua tak boleh  cari rezeki  dengan  kerja ni.
Heyy.. gua dah buktikan pada dia. 
Gua dah bagi lebih dari apa yang  "engineer2" dia bagi kat dia.
Memang  gua rebel person.
Tapi gua tak pernah lupa dia siapa.
Gua manusia tak pernah lari dari janji.


=========================================


 Gua nak  kuarkan satu  artwork tentang  soul dia.
Seyes gua nak  ceritakan  hidup dia dalam  artwork gua.
 Gua nak mendalamai perasaan dia. 
Gua nak luorang tahu.. cerita jiwa yang menderita.
Jiwa yang susah  lu orang nak faham dengan kata-kata.
Sebab lu orang tak pernah merasai apa yang tuhan  dah  uji dia.
Mungkin lu orang  fikir ini,cuma sampah
Tapi lu orang tak tahu. 
Sebab lu orang  bukan dalam cerita  ni.
Gua nak  engineer dia melutut sembah pada dia.
Gua nak  dia tahu, engineer dia ciptakan tu, bukan seperti yang dia harapkan.
Gua nak dia tahu. gua juga sehebat  engineer dia.
Gua taknak dia bezakan engineer dia dengan gua yang picisan ni.
Gua janji dengan diri sendiri. 
If gua  gagal dalam  impian gua ni.
Gua bakar  semua artwrok gua. 
Dan gua tak akan sesekali lagi, mengaku gua ni  artist
Gua dah cukup penat  bila, gua selalu dibeza-bezakan.
....




Thursday, 21 April 2011

Free Campbell’s Instant Soup...

Salam..

Hari ni saya MC.
Huahuahua.. MC sampai minggu depan.
Padan muka LEMPENG tu.
Saya off Hp hari ni..

Oh pagi tadi,
Saya dapat  satu parcel dari Pos Laju.
Orang Pos Laju ni ketuk pintu macam nak roboh je.
Kuat gila..


Hari tu saya ada main game dengan CampBell's kat FB.
Tag 7 org kawan.
Then isi form ttg details kita.
Untuk dapatkan sample dari Campbell's

The free Campbell’s Instant Soup are fast disappearing..
If you haven’t gotten yours yet, you don’t know what you’re missing out on…
You don’t wanna be the only one in town not enjoying
a warm cup of delicious soup.. ;-)
60 more minutes & very limited samples left…. http://apps.facebook.com/soupsample/


Dapat surat chenta skali :P~

 Saya dapat Cream of Mushroom
Makan dengan roti bakar sedap ni.
Yummmmeeeyhh!!!.


Tatau lah ada lagi ke tak free sample ni. 
Coz dia nak bagi kat 2000 org je.

--------------------------

Saya dah try sebungkus, makan dengan roti bakar baru jap tadi.
hari ni saya seorang je kat rumah.
Tak masak.
N tade apa pon yang boleh dimakan.
Huahuahua.. pemalas tol nak masak.

Tetiba lapar lak.
So panas kan air,
tatau roti sapa kat dapur tu?
Hahaha.. adik saya punya kot.
So  amik  2 keping then  toast.
Cicah dengan Campbell's Soup.
Burpp.. Alhamdulillah..


Wednesday, 20 April 2011

Etude House : Gingko Lip Patch

Salam,,,

Malam ni saya pakai Gingko Lip Pacth dari Etude House.

 Saya beli ni beberapa hari yang lepas.
RM6.90



 Gingko Lip Patch ni mcm Koyok.. hehehe
Bila pakai rasa sejukkkk sangat mcm kita tampal koyok tu.





Saya ingtat kan dia basah berair macam Eye Patch.
Tapi tak.. sebiji koyok la.. haihhshh.
Just  remove clear  film tu n lekatkan kat area atas n bawah lips kita..
Tanggalkan lip pacth ni  selepas 20-30 minit.

Formulated with Ginkgo Lip Patch has ginkgo leaf extracts,
to help remove excess residue, rejuvenating and brightening skin around the lip.

Hasilnya, tak lah nampak ketara perubahan tu,
Kata pon baru sekali  guna kan.
Nak tengok  berkesan ke tak
kena stock up la beberapa keping lagi.

Ada je kan alasan nak pergi E.H lagi..
Dushhhh...diri sendiri
T___T

Entah ...

Entah...
Sudahku bilang berkali-kali..
Tapi seperti engkau tak peduli.
Ini cerita tentang hati?
Atau tentang mati?

Entah..
Sudah aku tolak sampai mati.
Tapi seperti engkau tak mahu pergi
Ini cerita dua hati.
Yang sudah tiada erti..
Apa mahu mu lagi?
Entah..
Yang pasti ini tak mungkin akan terjadi.
Kerna hati sudah dimiliki..
T___T





---


Monday, 18 April 2011

Etude House : Ini yang terakhir...

Salam


Hari ni mood saya tak berapa baik.
Sebab saya tgh benggang dgn LEMPENG kat office saya tu.
Saya dapat MC dari hospital.
Dia boleh cakap saya beli MC.
Ikut hati, haku lipat je LEMPENG tu.
Huhuh..
Macam saya heran sangat dah nak kerja kat situ.
Haku nak resign la weii..
Ko buat la kerja tu  sendiri.
Arghhhhh..benci ..benciiiii..
------------------------------------------------------------------------


K, Tukar mood lah....
Benggang2 pon takde guna..
Meh layan Etude House ..
Hahaha..
Saya pergi amik BB Cream yang saya booked semalam.
Baik hati betol S.A Fav saya tu, siap  offer nak booked kan saya..
BB Magic Cream SPF30 tu.



<3 <3 <3

 BB Magic Cream SPF 30, Aqua Cure Gel Cream, Lip Pacth & Chin Patch


Akhirnye dpt juga beli BB Magic Cream SPF30 yang saya in love sgt tu,,.. :P
Saya print 5 keping E-Voucher tu.
Gila ke?
Bukan saya nak beli semua pon...
Kawan office saya ada kirim beli BB tu.

Aqua Travel Kit & Mini Size U Trial Kit

Isi Perut Travel & Trial Kit

Saya suruh dia buat  dua resit
Then dapat 2 stiker.
Maka dengan ini 2 Passport saya dah full.
So, saya buka Passport baru..
<3 <3 <3
....

Oh yer, Travel Kit tu kan.. ada dua tau.
Satu Aqua Cure Kit..
Lagi satu Moistfull Collagen.
Bukan 02 White cam dlm gambar tu yer.

Trial kit pulak, ada Mini Size U
dengan 02 White tu.
Saya  x amik yg o2 white coz saya ada 12 bungkus sample lagi. 
Hahahah.. Saya lagi suka Astringent tu
--------


Cukup lah tu Shopping Etude untuk bulan April ni.
Seyes wooo.. saya dah tatau apa nak beli dah.
1/2 dari  produk kat etude tu saya dah ada.
kang ada lak cakap haku  ni riak  lagik..
hoi  ni jujur lah.. jujur tau?
hahahaha

Saya ada target baru okey..
Saya nak saving untuk  barang yg saya idam2 kan tu.
Kehkehkeh.. 
Limited Edition tau..
Harap2 dapat lah saya  beli  barang tu..
*pray*

Sunday, 17 April 2011

Etude House Promotions

Salam..


Saya baru je bercadang nak pergi Etude House jap lagi.
Tapi bila tengok ni.. hahaha
Okey.. saya postponed la.
Esok saya pergi. 

Dengan pembelian RM30 akan dapat  Trial kit kat atas tu.
Lagi banyak beli lagi banyak la dapat.
Lagi banyak beli lagi jahanam la purse tu.
Kihkihkih..

Sila print color / black & white yeay utk dapatkan disc.. sementara stock masih ada.
Sapa-2 nak rembat BB.. sila cepat :P~...


This one pulak.
Ingat tak  beberapa hari lepas saya ke Etude House..
Yea. saya sudah inlove sama..

BB MAGIC CREAM SPF 30..
Memang nak rembat dah hari tu,
Tapi hati ni kata.. tunggu dulu.
Yeahh mana lah tahu kan hari ni dia Adv pulak..
Ada 50% tu.. seb baik x beli hari tu.

Dan tak sabar juga mau beli new product dari E.H.
Dengar cite produk ni menggantikan Petite Darling Lipstick.
Adoii bila gua nak berhenti ni?
Kikikiki..


Oh ye.. ini sale start  

18 April - 28 April 2011

Thursday, 14 April 2011

Pau Ajaib Pencuci Muka ...!!!

Salam,

Haiii..haiii....haiiii..

Heheheh.. happy semacam lak kan.
Lol.. tadi saya pergi Etude House lagiiii..dan lagiii..
Maybe ini yang terakhir untuk bulan ni.
Oh, tadi saya pergi belikan barang yang kawan kirim.
Betul tak tipu..
Saya?
Erhh saya pon terbeli juga lah.. dushhh..!!!
Okey , yang tu lain kali cerita lah.

Ni nak cerita tentang Pau Ajaib Pencuci Muka..
Apa benda nih?
Kuih pau boleh cuci muka ker?
Kekekeke.. bukan kuih pau tu la, yang pau kaya, pau kelapa.
Ishh semalam pergi hospital ada, pakcik jual pau kat depan lobi tu.. sedap woo.
Erhh ni cerita kuih -pau.

Okey-2..
Tadi saya beli ni..

 Natural Jelly Cleansing Puff

 Macam kuih pau kan? Gebu..

 Tapi ini pau tak boleh makan dik.. ini pau jelly :P~

Untuk mencuci / scrub muka dengan lebih bersih.
.tanpa rasa sakit/kasar.
baik juga utk blood circulation

Hehehe..
Sebelum ni dah banyak kali nak beli.
Tapi tak terbeli2..
Tadi tu yang lama pasal nak ingat la mende nak beli ni..
Sementara sale tu ada kan. :P
Oh ye, GP SALE sampai 17 April 2011.
Err boleh la 3 kali pergi lagi..

Sebelom ni, saya guna Facial Brush dari Body Shop.
Yang tu saya x guna selalu.
If saya  bermake-up baru saya guna.
Lagi bersih la guna facial brush ni.
Ekceli tangan /jari kita ni hanya mampu mengosok luaran je. 
Cuba amik cotton pad tu letak toner sket.
Sapu kat muka..sure ada kesan make-up tu lagi.
^_*
Tapi skrg , saya dah tak risau nak guna hari2
Jelly Cleansing Puff ni coz dia lembut.

Dia datang dengan tali, 
so lepas guna bilas bersih2.
Dan gantung, untuk keringkan.
Kalu tak kang tumbuh pokok taugeh lak kat situ. 
Hehehe.


Etude House : Bb Cream & BB Balm

Salam




Perbezaan BB Cream & BB Balm


alamak,nampak terang sgt gambar dgn flash ni..Miss Red ni x sporting lah




Di antara dua2 BB ni, mana satu yang saya suka?
Dah tentunya BB Balm.
Pertama sebab senang nak guna. Mudah mesra dengan skin & smooth.
BB Magic Cream                     BB Magic Balm





BB Cream pulak, kena pandai apply.
Saya tak pandai T_T
Dan agak tebal. Lambat sikit nak sebati dengan skin saya.
Selalu saya akan guna sponge utk meratakan bb cream ni supaya tade la sebelah tebal, sebelah nipis.
Dah pakai BB ni tapayah pakai compact powder pon tape.
If nak pakai guna suka hati la.
Tapi saya suka guna loose powder bila pakai BB cream.


Korang pulak suka yang mana?
Ohyer, nak tanya la, cara korang apply bb cream @ bb balm ni camne?
Sapu ke bawah ker? Sapu ke atas ke?
^_*

Wednesday, 13 April 2011

Etude House Skincare : Mini Size U Pore Refresh Astringent

Salam,

HelooOOOooo, :P

Hari ni saya nak share tentang tips berjimat cermat bersama produk Etude House yang terpilih.. :P~
Best tau pakai ni, leh  tengok kesan dia dalam seminggu camtu.. Saya ada dapat sample hari tu. So saya pakai lah. Then ade perubahan yang okey. So terus beli botol besar ni.

Mini Size U Pore Refresh Astringent 490ml
-Aesthetic pore care line formulated with fermented Rice Wine sediment to nourish while tightening pores. Pore Tightening Astrigent removes embedded residues with moisturising and cooling properties. -
 1. Besar kan corong tu.
2. Sekali pump boleh basah cotton pad

3. Nah, muncung pump ni besar ok.


Sebab dia besar lah saya tak suka. Sebab apa ko tak suka? Sebab skali pump je boleh basah sme cotton pad tu. Buat apa nak basahkan sme? Tak yah  banyak sangat guna Mini Size U Pore Refresh Astringent  ni. Bila apply kat muka dia cepat resap. Dan sisa basahan kat cotton pad tu terbuang camtu je. Tak baik membazir okey. Hehehe, banyak la punya x baik membazir. Ni beli etude beratus2 ni x bazir ker.. Gulpsss.. tak boleh jawab yang itu . :P~

So untuk mengelak pembaziran yang tak patut ini. Saya mencari alternative lain. Iaitu transfer kan Mini Size U Pore Refresh Astringent  ni ke botol yang lebih kecil .


 4. Ini botol Mini Size U ( sample) sy dpt bulan lepas kot.
5. Saya just halakan botol kecik tu ke muncung Mini Size tu. Besar k muncung tu muat masuk dlm botol kecik tu.
6. Taraaa..!!! Dah dapat 20ml Mini Size U Pore Refresh Astringent 
Saya boleh pakai yang kecik ni selama 2 minggu.
Senang juga nak bawa kemana2.
Kalau yang besar tu kene simpan elok2 kang terpump, nangis ok..

-

Abaikan lah  line2 pada gambar tu yer.
Masa ni Miss Red saya kene sawan Line  - nama dia.
Hehehe. 

T_T sakit hati okey.!!!

Tuesday, 12 April 2011

Etude House Makeup's : Miss Tangerine Sweet Shower Lips

Salam,




Hari ni saya ada meeting.
So pakai lah make up skit.
Selalunya saya jarang bermake-up ke office.
Bukan tak nak, tapi ada sebab2 nya.
Lebih baik mengelakkan sesuatu yang tak patut terjadi.
Huhuhu..

So, hari ni saya guna lipstik dari 
Miss Tangerine : #3 Miss Sunny Tangerine.
Arghhh suka nye, bila apply je lipstick ni macam melt je kat bibir.
Yang paling  best , bibir berperisa tangerine sakarang ni.
Rasa nak makan orange la.
:P~

Ekceli masa teman Dijah pergi EH hari tu, 
saya x berminat pon nak beli Miss T punya collection.
Sebab saya rasa warna2  dari Miss T ni tak berapa sesuai dengan skin tone saya.
Maklumlah saya ni cerah sangat :P~
Tapi tengok Dijah dok try2, saya pon try la skali..
Errhhh..ehhh, skali dah try terus terjatuh chenta tengok bibir sendiri berkaler Miss Sunny ni.
Terus tercakap , I nak yang ini dekat S.A.
See, betapa senang nya dirasuk kat situ..
Hahahaha

Miss Tangerine Sweet Shower Lips ni ada 5 Color kalau tak silap.
Tapi Kat Malaysia ni dia bawa 3 color jer T_T.
Tak adil okey.
Kenapa E.H Malaysia x bawa masuk sme produk?
Arghhhh.. benciii.

Miss Tangerine Sweet Shower Lips
#03 Miss Sunny Tangerine


--




Sakit hati okey, tengok gambar2 yang di ambil dari Miss Red skang ni.
Mentang2 lah saya ada berura-ura nak beli Camera baru. 
Miss Red merajuk buat hal sampai ambil gambar pon da x cantik mcm dulu.
Skang sme gambar ada line2. Miss Red punya lens kat dalam tu dah rosak.
If nak ganti, boleh dapat sebiji camera baru.
So Miss Red. kalau ko buat perangai mcm ni.
Ko akan di buang dalam kotak harta karun.
T_T

Sunday, 10 April 2011

Midorii sudah ade teman baru..

Salam,

Hi, hari ni nak share kawan  baru Midorii.
Erhh siapa midorii tu?
Hahaha Midorii tu  patung katak peliharaan saya.
Midorii tu nama apa?
Midorii  adalah bahasa japan.. Bahasa melayunya adalah hijau.
Midorii ni , ehmm my BFF  saya yang bagi.  Tq.Mr.X-Men :P~
Hihihi..Saya dah lama tau bela midorii ni.
Ermm, ade 7 tahun kot. Yela that time saya kerja kat satu  company advertising ni.
Dia lah kawan baik saya. Ikut saya kemana2. Saya gantung dia kat beg. :P

Lepas tu dua tahun lepas midorii ada kawan baru, Tiger nama dia.
Tiger ni, my  chinese mummy yang bagi.
Hadiah persahabatan katanya. Hihihi
Masa tu, saya nak berhenti kerja.
So dia bagi untuk  kenang-kenangan, tapi last2 tak jadi berhenti pulak.
So keep je lah.

Lepas ada tiger..baru-baru ni saya dapat satu teddy bear  peach yang kawaii.
Teddy bear ni, dijah yang bagi masa 1st time saya jumpa dia last two week.
Suka sangat, gebu n halus . Saya bagi nama teddy bear ni Momo.



Momo, Tiger & Midori


Thanxxxxxxxxxxxxx Dijah,bagi akak Teddy Bear yang kawaiii ni 



Saturday, 9 April 2011

I am full of pain

Salam,


I'm having full body pain.
My throat is really sore & im losing my voice.
Hi-fever, extremely bad cough...nice package.. T_T.
Just got the results of my blood test.
T____T
 
 
 
 
-
... Apa pon yang terjadi, saya redha dengan ketentuan -NYA.


Thursday, 7 April 2011

My Etude House Haul again..T_T

Salam,


... entry utk 2 April' 11  .. follow juga yang ni im-happy-todaybut

Hai,

Sabtu baru ni kan, saya keluar lagi dengan Lil Twins.  Dorang nak pergi E.H lagi. Kali ni  saya ajak dorang pergi E.H kat Metro Prima.. Tak payah cerita banyak la.. Memang banyak pon di shopping oleh mereka. Saya skit je...T_T . Saya mana reti shopping banyak-2 ni. Tak pandai :P~ .(sila muntah...)


Ngehngehngeh,, sikit je kan.
Shower Ball tu saya beli utk husband. Tapi dah blk rumah. Alaaa kenapa pink sangat ni tak sesuai la utk dia. Tape biar saya je lah guna. Hahahah.. So saya bagi shower ball body shop kat husband.



Re-stock : Green tea Nose Patch
Petite Darling Eye Shadow
Miss Tangerine Sweet Shower Lips : #3 Miss Sunny Tangerine
Shower Ball
Peach House Sponge
Errr. ada lagi brg tertinggal, lupa nak amik gambar.




Free : Happy Teatime Aloe Vera Cleasing Foam
BB Cream 
Nite Cream

Wednesday, 6 April 2011

Etude House : My craziness..!!! @ Update

 Salam,

Niat  dihati nak pergi bertanya tentang ini. Lepas berpuas hati mendapat jawapan. ....





Errr.. tak perlu kata apa-apa, senyum..






..................................
click read more...!!!

Tuesday, 5 April 2011

My Etude House Haul..after 4 days..

Salam,


Entry untuk 31March...



Errrr... kalau kene lempang pon tak sedar juga ni.. Nak buat camne? Kehkehkeh.. layan jeeee.


Hi..

Hari ni excited tu balik awal. Sebab cam tak sabar tu nak tunggu 1st april. 2 hari je lagi kan tu. Ko kenapa? Nak tengok Miss Tangerine sebenarnya. Kikikiki...Nasib baik lah husband pon layan je. So  kita gerak la ke Jusco sana. . Nah.. Ini lah rembatan ke tiga dalam seminggu.. errr, lepas ni  tade duhet, bleh jual balik 50%, huhuahuha.


Re-Stock : Cotton Pad,
Baking Powder Scrub,
Miss Tangerine Soda Tint, 
 Puff Blush
Scarf...?

Opsss...follow skali yang ni erhhh



Sample : Bb cream & Nite Cream.




Pasni kalau buat contest ke apa.. hadiahnya adalah..

Monday, 4 April 2011

Etude House Makeup's : Miss Tangerine Lip Tint @ UPDATE!!!


Salam


Hari ni saya nak review sket tentang produk baru Etude House yang tengah hangat meletop-letop.BoooOOmmm KKkkeebbbBBaaAAbBbbooOooOOmmMMMm. Fuhhh~~
Miss Tangerine Soda Lip Tint.

Saya beli Miss T Soda Lip Tint ni, 31 March baru ni. Dan baru je guna -3 kali. Ermm, memang cantik la. Bila disapu pada bibir. Nampak natural la bibir tu merah. Tapi dia adalah sangat mengeringkan bibir saya. So, saya kene apply lip gloss pulak lepas sapu kan lip tint ni..Arghh satu keje pulak nak kene bawak dua2 ni utk touch up.. Nak guna lip tint ni kene shake dulu. Supaya dua layer tu menjadi satu warna merah yang pekat dan cantik. :P~

Tapi, pagi tadi bila saya nak guna.. Saya  tengok dah jadi 3 layer dalam tu. Layer bawah sekali ada serbuk kilat2 tu.Sorry tatau pe nama dia. Then layer kedua warna merah dan menjadi dadih T_T, dan layer atas air soda? Hahaha, tatau juga apa dia tu. belasah je..

Gambar ketiga tu saya terbalik kan botol lip tint tu. layer merah dadih tu mcm pejal sket. Dan bila saya tarik penutup ke atas sket. nahh dadih tebal tu melekat pada berus lip tint... Huhuhu bila dah goncang dia mcm x smooth. T_T. Dan nampak  bubble minyak bercampur air dlm tu. Kenapa erh jadi mcm ni?? Da masuk angin ker? hahaha..



So, kesimpulanya .. saya tak berapa suka dengan Miss Tangerine Soda Lip Tint ni. Sebab utama adalah dia mengeringkan bibir saya. Bila kering warna merah tu pon bercapuk2 kat bibir. Look very ugly la pulak..So nampak gayanya saya akan sedekahkan  Miss Tangerine Soda Lip Tint kat adik saya .





 UPDATE :
5 APRIL  '11


 Okey, tadi lepas kerja, saya pergi E.H nak tanya kenapa Miss Tangerine Soda Lip Tint saya jadi mcm gambar kat atas tu. S.A.. cakap memang akan jadi mcm tu. So dia pon ambil tester yang ada tunjuk kat saya. Okey , makna nya Miss Tangerine Soda Lip Tint saya tu x rosak pon. Hehehe..tapi saya memang tak sesuai la guna Miss Tangerine Soda Lip Tint ni. Sebab  pakai sikit je dah  jadi kering bibir. 

Sunday, 3 April 2011

My Etude House Haul..Within 24 hours...!!!!

Hi..


Entry ni sambungan dari yang ini.. sepatutnya publish 27 March :)


Meh lempang diri sendiri  sedass.. Panggg!!!.. Hahaha. ni memang kerja gila., Sabtu dah pergi, dah habis banyak keping RM. Hari ahad pergi lagi sekali. But this time ke E.H fav saya. Hari ni, beli ni pulak. Tak puas hati pergi semalam tu, coz S.A dia..OMG!!!.. Then beli banyak2 pon tade sample. Hoii, napa kedekut sangat ni.? Sian kat dijah..Arghh..Pergi E.H fav lagi best. S.A dia sangat membantu, cute and kelakar.... hihihi.

Okey ini lah hasil kegilaan saya  2 hr berturut-turut. T___T.



Collagen Moistfull : Facial Freshener  &  First Essence
Oil Control Film,
Re-stock : Essence Mask

Tade dalam gambar : 2 batang Lipstick Petite Darling , Hand Cream & 2 eye shadow petite. 

Tak sempat amik gambar, coz yang tu  bagi hadiah birthday  kawan.

So, dapat satu kotak juga sauna set.

-

-

-

Sample : BB Cream & Nite Cream ^_^.





-




P/S :
Saya beli barang Etude House dan post kat dlm blog ni, bukan niat nak menunjuk2 yang ada banyak duit ke apa. Just nak share apa kegilaan saya dengan kawan2 yang minat dengan Etude House.. So, if ade orang rasa saya seperti itu. Saya harap jangan lah datang blog saya lagi ok? Saya tulis apa yang saya nak tulis dan share. Bukan niat untuk menunjuk2... Peace !!!






-

Saturday, 2 April 2011

My Etude House Haul..

Hi,


Entry ni backdated punya daa.. 

Entry ni sepatutnya minggu lepas dah update. Tapi camera buat hal. T_T. So hari ni try juga la menggodek camera tu. Nasib baik boleh. Tapi stil x cantik gambarnye.. Ermm, kena masukkan dalam list kot. Tapi tatau la bila nak beli baru.. Hehehe., camera yang ada ni pon. hadiah dari Mr.Santa :").

Okey, last  saturday kan saya pergi T.S jumpa, Dijah and shopping sama2 kat Etude House. So, ini lah antara hasil yang telah dirembat kat sana that time,. Tak banyak mana pon saya beli. Sikit2 saja. Dijah beli lagi banyak. Heheh. kagum lah saya dgn dia.



Daily Mask, Essence Mask, 
Nose Pack, Ginko Lip Patch,
Good Bye Dark Circle Eye Patch.



Lip Balm : Milk Screw &  Make up Essence


 Ac Clini : Red Sport Balm


Re-stock :  Magic Bubble Peeling,
Facial Mist : Aqua Cure Bamboo Water & 
Mascara : Oh~m' Eye Lash



Saya dapat satu Set Sauna Kit..No sample T_T.....


S.A kat T.S ..boleh bagi ** star je.

Im happy today..but

Salam,

Hai, Happy Weekend Peeps.. :P

Ehemm, hari ni saya keluar lagi dengan my lil twins. hehehe. Kitaorang pergi Etude House lagi. OMG!!!.. Memang ni  betol2 gila lah. Seminggu ni berapa kali ntah saya ke Etude House. Sampai dah rasa mcm erhh, kalau kerja kat sini pon nice jugak kan.Hahaha..

Tadi saya keluar rumah dalam 10.++. Husband hantar. Kesian pulak paksa dia balik utk hantar. Nak bawa kereta tapi, still takut nak bawak kereta panjang. heheh Still tak lepas untuk u-turn depan Jusco tu. Scary..Janji dengan dijah tunggu kat Kepong Sentral. So dari sana amik cab..tak sampai 5 minit sampai dpn jusco..

Masing-masing tak amik breakfast lagi..so, kita pergi makan dulu la. Saya tanya dorang nak mkn kat mana, n  no idea. So kita ke Johnny's la. Hehehe, saya amik set nasi. Twins tu amik set tsteamboat. So kita mkn sambil borak2. Pastu saya cakap nak tgk wayang tak, dorang setuju. Bile dah lepas mkn, pergi beli tiket dulu. So ada satu jam nak  shopping kat Etude. hehehe.

Pergi etude, so bermula lah kegilaan masing-masing. Mencari barang diidamkan. Saya pulak. Hurmm.. tiba2 mood pon bertukar nak menjadi pembunuh bersiri je. Arhghhh tensionnnnnnnnnnnnnnnnnnnn..Bukan, tension dgn twins tu. Tapi ade orang sms saya. Dia tu yang buat saya rasa hurmm.. tapayah cite la.. T_T..

End up, saya beli benda yang bukan saya nak beli. jadi blur pulak. huarghhhh..

Kita orang tengok movie Hop The Movie....I want Candyyyyyy....memang  enjoy abis la.

 


Dah abes, terus gegas nak balik. coz, Twins tu ada hal lain. takut lambat pulak dorang. So saya hantar ke taxi stand. Saya masuk balik jusco. Tunggu husband. Pastu saya ajak dia balik. bosan tak pasal2.Kesian pulak dia.. haihhhh memang spoill mood la..



hello beb.. you hurt me one more time.!!!