Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 31 March 2011

Etude House Makeup's : Miss Tangerine Lip Tint

Salam,

Hai semuaa.. hahaha. Macam tak ckp nak bernafas je ni. Kelam kabut tol la beberapa jam tadi. Ngehngehngeh.Apsal? apsal? Cecite...cecite.. :P~

Hahhh, nak cerita la ni, tu yang jadi kelam kabutnye. Saya balik kerja tadi singgah my fav E.H. Sampai 2 je g mkn dulu kat Johnnys, before tu sesaja la gatal lalu depan EH, konon nak bagi blood presure mencanak2 naik excited. Gila lah. Pastu S.A 2tu nampak saya, lambai2 suh masok. Ye, isi perut dulu. Saya ni ada gastrik yang maha  dahsyat punyer. Kang Etude kemana, saya ke hospital lagik. Adoii ..tanakkk.

Dah makan. baru terjah EH. Kosong beb EH tadi, maybe malam kot. Ke memang orang len tanak masuk EH. sebab saya ada? Bagus2. Senang saya nak usha2 barang2 baru kan. Saya masuk2 je mata dah terpaku kat sini.. Hahaha..


 So, S.A fav saya pon, pung pang pung pang la pasal Miss Tangerine ni. Okey2, pastu  try la satu2 produk. Suka la.Berkenan kat lip tint. So rembat satu. Pastu tgk blusher lak. Blusher dia cream ok, dalam tiub tu. 3 kaler. Orange,Purple n Pink.. Okey dah suka satu kaler,. Tapi x beli. Tungguuuu... balik umah dulu, if terkenang2 kang  before tdor. Baru la datang balik beli. ahahah.. ko ni kenapa midorii? ehehhe


Pastu ni  eye shadow lak. Ade dua jenis jugak. yang atas tu cam biasa la. Bawah lak ade cream. Tapi saya tak minat yang ni... Ha nampak tak tepi tu. Ada dua lip tint. satu orange satu merah. Hujung skali tu.,err lupa la apa dia tapi lipstik kaler orange, warna nye akan  berubah sket ikut  suhu badan katanya. Tapi tadi x try pon. Sebab suhu badan agak panas. Takut jadi kaler hijau  lak :P~.

Pastu dah tade orang len dlm kedai kan., saya pon borak2 la, tanya itu ini pasal etude. Dorang layan je. Pastu dah bosan kot, main teka2 umur lak. Sme teka salah, sme ckp bawah 25, hello, muda sangat ke ahkak ni? Hahaha..Merepek2 je. Kesian husband saya, dok tegak berdiri tepi etude tu. dah cam pak gurd dah. sambil pegang plastik creepe. hahaha.. dah la tu, bayar2 sme nak blah tu, janji ngan dorang nak dtg lagi.. sabtu ni.. erhh datang lagik? nak hujung bulan kang ko makan je lah etude tu. ni cakap dlm hati sendiri.. padan muke :P







 Ini yang  rembat tadi. Tanak beli kunun, tau2 je satu paper bag dah penuh.. dushhhh diri sendiri.



Lip Tint ku.. <3 :P~







Ini hasil dari sabtu lepas sampai la ke hari tadi. Sudah2 lah tu.
 

T_____T


Wednesday, 30 March 2011

Estee Lauder : & Coach Collection.

Salam,

Hi, hari ni nak share tentang Estee Lauder. Sementara menunggu  camera lain datang untuk menembak gambar produk Etude House saya tu. So saya try update gambar yang ada je dulu..Okey, sebelum saya menggilai produk dari Korea ni, iaitu Etude House. Memang betol2 gila dah ni .

Saya juga pengguna Produk Estee Lauder. Kenapa saya suka Estee Lauder? Estee Lauder is a high-end cosmetics brand. Perghh Hi-end tu. Dah sah2 la mahal kan. Mana la mampu nak beli set dia. Satu barang je dah  beratus. Tapi Alhamdulillah, dapat juga merasa. :P~. Erhh kene ucap terima kasih sejuta billion kat En.Santa Claus dari Kumamoto tu. :P~.. Dia lah yang membagi kebanyakkan produk Estee ni pada saya utk di  pakai. Saya pernah guna skincare Estee ni memang bagus la. Tapi bila dah habis, pepaham la. Mana ada mampu nak beli kan. So tukar la guna Neutrogenar kesayangan hamba tu :P.

Last year, Mr. Santa bermurah hati nak bagi hadiah Christmas dan new year katanya. So,hadiah berupa cash $$$$. Jadi tanpa segan2 lagi, serbu la kaunter Estee Lauder kat Sogo nun. Orang dah bagi kan, amik je. Nak tolak pon tak guna, kerana selagi x amik. Dia akan paksa amik juga. Hahahaha..

So, saya telah membeli ini..Sebab utama sebenarnya nak limited edition Coach pouch tu je. :P. Make up tu tade pon tape. Ada lagi bagus. Coz, barang make-up masa hantaran kawen (estee lauder juga) saya dulu pon still tak habis2 guna lagi. Gila betol. Apsal pakai make-up x habis, nak beli lain? Hahhh? Korang mcm ni juga ker?. Kalau yer.. cuba bagi tahu kenapa mesti nak beli lain? Hahaha.. Okey saya sendiri pon tak boleh nak jawab. Hahaha.







 Ini lah set nye, tapi nak beli benda ni yang bernilai RM180 (worth RM900) . Kena beli produk Estee lain bernilai RM200 keatas. Oh yer dia ada 3 set berlainan kaler pouch.

So nak mendapatkan juga The Coach Limited Edition PWP collection ni, kena lah beli  barang lain. Erm so saya amik Mascara dengan Compact Powder.



Saya memang tak berapa gemar dengan lipstick Estee ni, dia x tahan lama, n kene apply banyak kali, touch up byk kali.Bibir rasa berminyak je. Dan  warna nya tak terang mana pon. Huhuhu.

Compact powder dia pon sama, tak  berapa nak lekat.  Bila nak pakai tu kene tekan span tu kuat sket pada compact powder tu pon payah nak lekat kat span. Heyy, tension gua. Barang mahal pon x puas hati juga :P~.Ke haku tak geti guna ? Hahaha..Mascara pulak, memang bestttt. Melentik2 bulu mata, tapi dah melentik.. Melekat2 pulak bila tutup mata. Haiyohhh. Ke tak reti guna jugak? Erhh.. Etude House punya Mascara okey je sy guna. Lol...Pouch tu sampai skang still bertapa dalam kotak. Entah bila tahun la saya nak guna. Itu salah satu hobi saya kot, beli2, simpan, bila nak guna?.. Panggg..sedas!!!

Eye shadow dalam set ni paling fav saya. Especially, brown kaler tu.Nampak natural je bila pakai. Suka2. Lips gloss pon suka juga.Blusher dia pon best, x merah sangat , just nice je bila apply di pipi gebu saya ni :P..Memang sme jenis lips gloss & lipstiks Estee ni ada berbau manis. Yang tu saya x berapa suka. Erhh semua la ko x suka kan.. Hahaha.. Adoii. (see, asyik x suka je, skang  dah jadi italic pulak ni, x leh tuka setting .. grrrr.)




-

Saya tak pandai review. saya tulis apa yang saya rasa dan ini pandangan saya. Anda tak suka? Ada aku kesah? Hahahaha




 

Tuesday, 29 March 2011

Bila siput lagi laju dari line internet...


Salam,

Huarghhh tension sungguh. Internet  teruk gila Selowwww mcm siput, Lepas tu modem asyik la restart sendiri. Bila dah ok, tak leh nak  load page pulak. Email lagi la x boleh nak masuk. Facebook boleh  tgk je la, nak update apa sme x leh. Semangat tadi berkobar2 je nak update pasal Etude House. Adoii dengan kaki sakit ni, jari yang luka terkoyak. Hurmm, perut dah masuk angin ni, lambat makan. Erhhh..semua cukup lengkap lah. Bagus sangat.

Ni pon menaip kat word. Tade feel lah sini. T_T...
Okeylah, kita sambung cite pasal Etude tu lah erhh. Tade pic la, t_ t. Nanti dah ok line baru leh  cerita bergambar ye anak-anak :P~.
Dua hari berturut-turut saya ke Etude House, sampai bila saya cakap dgn husband nak pergi Etude lagi. Husband cakap apa tau, bila dengar je u cakap nak pergi etude, I rasa nak terkentut.” Hahahaha. Siut jerr... Tapi dia layan juga saya ke Etude.  Tapi  paling lama dia follow saya dalam tu  x sampai 5 minit pon. Bosan katanya.

Erhh saya x pernah bosan pon masuk sini. Hahaha..Husband pernah Tanya, kenapa asyik nak pergi sana je. Kenapa tak beli semua sekali. Erhh mana boleh. Kalau beli semua seklai, nanti dah tak boleh dtg lagi. So kita beli la sikit2. Dengan alasan leh pergi banyak kali. :P. Apa daaa, saya merepek ni.
Ermm..pergi banyak kali pon masih ada je lagi benda yang tak terbeli. Walaupon dah niat ni nak beli brg tu, Last2 masuk beli barang lain. Balik rumah terbayang2 barang yang dah niat memula tu. Macam semlm, saya niat nak beli eye liner,cotton pad,eye cream. Masuk2 je benda lain beli. Gerrr.. tu maknya nya ada peluang lagi tu nak singgah :P~.

Erhh dah lah, nanti line dah okey saya update betol2 erh, siap dgn gambar skali. Sorry la kat Aliaa & Dijah. Line internet ni mencemburui kita. Hahahaha.. asyik-asyik Etude House. Tade menda lain. :P~
Selain Etude House, saya juga pengguna kosmetik Estee Lauder dan juga Dior. Hahhh, yang tu ada masa leh la selit2 dalam ni.


Harap-2 lepas lah entry ni. Kalo x .. lambat lagi la saya update.. T___T


Saturday, 26 March 2011

Etude House : Saya jumpa twinkle, twinkle lil star.

Salam,


Alhamdulillah, perjumpaan kecil kecilan yang dirancang Ahad lepas dah di makbul kan. Saya dah jumpa pemilik blog  kecil molek ni bersama adik kembar nya. Adoiyaiii, jeles btol org ada kembar ni.

Ekceli  perjalan saya dari mula hingga balik tadi, penuh cabaran dan dugaan. Tapi sebolehnya saya nak act cool jer. Tak nak  stress sgt, saya kene jaga kesihatan. Kang stress highblood sy jd teruk. Hurmm..

Saya sampai Time Square pagi tadi dalam jam 11.10am camtu. Saya merempit naik motor je. Keluar rumah naik kereta. Skali jam pulak ak kuar. Patah balik amik motor. Selit2 juga la. Tapi takot juga. Sbb pagi tadi banyak lori tanah. Sampai T.S terus call Dijah. Hehehe, saya beritahu dia saya kat 7E yang dekat dpn pintu masuk area2 ROMP tu. N Dijah tunggu saya dekat 7E area starbuck sana. Lol. saya memang jarang la pergi T.S. Memang blur la kat situ.

So sy pon trun la pusing-2 cr jln turun hahaha, mcm jakun je. :P So jumpa la dijah n twin kat  tepi tiang  tu. Alahai comel  nya dia. Dijah terus hulur paper bag isi  bear kat sana. Hehehe. so sweet. Saya pon terus hulur paper bag saya yang besar tu. Ingat ramai yang ada, tapi  dua org je So bertuah la budak dua tu dgn goodies bag tak seberapa dr saya. Tatau la dorang suka ke tidak. Hihihi..

Pastu tu dorang  teman saya mkn KFC. Makan sambil borak saya mkn x abes. If mkn x abes that's mean saya mmg btol2 x sihat.. Dah abes mkn, terus gerak ke Etude House, but before that, sy singgah  jumpa harimau dulu, dia bg saya duit sket je. Untuk  bekalan . Saya x berani minta banyak. Kang banyak juga yang abes, Hahaha.

Alahai, Etude House tu dekat gila ngan tempat saya tunggu dijah kat 7E atas tadi tu. N saya memang lalu depan tu utk turun ke bawah. Tapi saya x perasan langsung. hahaha, Ekceli saya memang x bleh jln sorang2, coz sy x kan pandang kiri kanan nye. Saya jalan terus je pergi tempat nak dituju n akan jadi blur tak pepasal. :P~.

Ekceli saya banyak je barang nak beli ,re-stock. Tapi tengok cara S.A kat  T.S tu, adoiii, x berapa confident lah. Hehehe, saya saja je tanya pe beza Make-up Base, Peach & Cream kaler tu. Maksud saya, apa fungsi utk peach tu, cam utk oily ke, kulit kering ke. Nak tau apa S.A tu jawab? Owhh sebab ini kaler hijau, n ini  cream lor..Hahahaha.. x bleh terima la. Budak kecik pon boleh beza kaler ni. Kikiki...

Pastu sy tanya lagi produk lain lak. Erm ada 2 kaler juga pon dia jawab benda yg sama. So, saya cam tawar hati la. Nak beli byk2. Erhh tawar hati pon banyak juga lah beli. Hahahaha. tapi beli yang biasa2 je la. Cam mask , daily mask, eye pacth, Ac Clinic, erhhhh, ketip kuku pon nak beli  brand Etude House juga. hahahaha.. gila lah..

Tak pasti la berapa lama kat situ. Sejam ada kot. Nah.,. tgk la hasilnya 3 org beli..Muahahaha, bila kitaorg kuar dari Etude tu kan.. rasa cam kelakar je. Kiri kanan pegang paper bag etude. Saya tak banyak la, dua je. Dijah ngan adik dia la banyak. hehehe..



Saya punya satu , dua & bear pink ribbon tu. Lain sme dijah n adik dia punya. 
Hehehe, bila jalan dah berlaga2 dengan org. 
Kikiki, kelakar btol.


Okey lah, nanti saya sambung lagi part seterusnya . Penatttt dah ni..







Oyasuminasaiiii... jya nee......

Thursday, 24 March 2011

Homemade : Coffee Scrub

Salam,

Hi..

Hari ni nak share tentang Homemade Coffee Scrub. Saya dapat  resepi homemade coffee scrub ni dari  officemate saya. Auntie ni memang banyak petua kecantikan, & kesihatan. Memang best la dapat  duduk sebelah dia.

Saya dah amalkan Coffee Scrub ni dekat setahun lebih juga la. Seminggu 2 @ 3 kali, (ni pon mengikut kerajinan dan masa juga :P  )mesti buat  coffee scrub.Lepas scrub tu, skin memang lembut mcm kulit baby. Hihihi. dia juga dapat mencerahkan warna kulit, dan menanggalkan  kulit mati. Macam saya pulak, saya suka buat coffe srcub ni dengan campuran yogurt. Erm, kalau ada yogurt yang dah xpired dlm peti ice tu, jgn buang. Banyak kegunaannya.

Okey meh tengok gambar ni.. :P~





Lebih kurang mcm ni la coffee maker kat pantry tu.Coffee grind tu dtg dr mesin ni lah. :P~

Selalunya, dorang akan buang je coffee grind ni, yelah dah hampas kan. Bukan boleh guna lagi.
Saya selalu lah mintak, selain  buat  scrub, coffee grind ni boleh buat  baja tau. Hah tapi yang tu, saya tak pernah try lagi lah. :P. Tade apa nak ditanam bila stay  di atas kayangan mcm ni ..hihihi

Okey ni bancuhan yang saya buat 2 hari lepas.

Yogurt yang dah expired + Coffee Grind


Saya guna 2 senduk Coffee Grind + Separuh cup Yogurt.
Apa-2 jenis yogurt boleh guna, tapi better plain yogurt lah. :P


Lepas tu kacau.


Bila dah sebati mcm ni..
Nahhh, sekarang dah siap pon Coffee Scrub saya..

Selain dari menanggalkan kulit mati, menghaluskan kulit, yogurt tu boleh membuatkan kulit jadi moist.
Juga boleh melancarkan perjalanan darah dan juga mengecilkan celulit.
Bila kita scrub, ada geseran pada kulit. 
Haihh, ,nak cerita mcm mana feel nya guna scrub ni susah sket. 
Anda kene try sendiri :P baru tahu.



Oh yea, selain Yogurt. Boleh guna gantikan dengan buah tomato merah yang masak ranum.
Ambil 2-3 biji tomato then blend, jangan campur air.
Lepas tu mix dengan  Coffee grind ni.
Fungsi tomato itu untuk whitening.



Pix : from Google
Hah,lebih kurang mcm ni lah bila pakai scrub tu nanti.
Sapu kan Coffee scrub ni ke seluruh badan then biar dlm 5 minit, 
supaya yogurt tu sebati dengan kulit. Lepas tu  scrub lah ikut suka hati ..

Hihihi.. tu je lah yang saya nak share.
Siapa-2 nak try  coffee scrub ni, saya ada banyak tau. 
Kalau nak sy boleh  bagi. :P



Wednesday, 23 March 2011

E.H itu H.AP.P.Y

Salam,

Happy nya tadi dpt ajak seorang kawan suka kat Etude House. Hihihih.. So lepas ni bertambah lah lagi peminat Etude House. Saya bawak perfume Petite Bijou : Peach tu kat office. Sembur2 sket masa sampai office pg tadi. Then kawan , cakap dia suka lah bau tu. Saya pon story la lebih kurang. Lepas tu dia ckp, nakk beli lah. So sabtu nanti saya kena beli perfume tu xtra lah. Coz ada seorang lagi kwn pon kirim. Saya ajak dorang  follow skali. Tapi masing2 ada komitmen sendiri. Its ok. :)





Erm, saya x berapa pandai nak review sngt produk Etude House ni. Tapi takpe saya akan cuba. Hihihi..

Tuesday, 22 March 2011

Itai...

Hola,

Hari ni saya tak kerja. Hihihih.. PONTENG!!!!..
Saya makan ubat malam tadi, tidur dalam kol 10pm camtu.
Seyes sakit habis bandan2, dan letih semacam. Tatau la kenapa lately ni saya berkeadaan begitu.
Stress sampai  jadi sakit mcm tu  T__T.

Saya dah set alarm siap2 before tidur.
Biasanya saya akan  bangun 5.40am.
Terus mandi,solat dan bersiap.
6.30-6.40 dah ada atas jalan dah.. on the way ke opis.
Tapi pagi tadi,bila alarm dah bising2 bunyi. Saya langsung tak boleh bangun.
Sakit gila kepala, badan dan rasa nak muntah.
Adoii..Tahan juga nak bangun tu. Masuk toilet, dah mengigil. Aikk demam  lagi ke ni.
Lepas tu hujannnnn turun dengan lebat.
Erhhh, tak boleh jadi ni. Sambung tidor la balik.
Kol 9 tadi, sms bos. Saya amik leave.
Hahaha, lantak la dia nak marah ke apa. Saya memangnak resign pon.
If dia nak buang saya pon I like.

Hujan dah berapa jam ni, ni pon still hujan lagi tapi rintik2 la.
Sejuk..

Hihihi, usha web Etude. Ada dah barang dlm list saya ni.
Tak sabar nak  terjah Etude Sabtu nanti.
Sakit2 pon ada hati nak shopping kan.
Terapi  jiwa nama nya tu..

Okeyy.. daaaa~~~

Sunday, 20 March 2011

Fuhhh..

Perghh.. semangat btol  snap pix barang2 Etude yg saya ada nak letak dlm blog. Kang ada lak org kata saya nak  berlagak-lagak . Erhh Tade makna nya, saya nak share je pe yg saya ada ngan peminat2 etude. Tukar2 info gitu.Ini lah semua koleksi yg saya ada. Banyak lagi sebenarnya tapi dah bg kwn2.

Tapi tak best nya, Web Etude Malaysia ni. Tak update2 la produk dia. Nasib baik ada  Facebook. Dan nasib baik juga dapat email, bila ada sale,produk baru etc. Kalau tak melepas lah kan. Hihihi..

Etude House Makeup's : Eye Shadow


Petite Darling Eye

Golden Ratio Tear  Drop Powder

Etude House Makeup's : Lip


Woo Body : LipPlumper,

Petit Darling Lips,

Juicy Pop Tube,

Lip Perfume :Apple.

 


Etude House Perfume, Lotion & Body Mist





Etude House Petite Bijou Perfume : Peach Touch 30ml.
Missing U  Hand Lotion : Peach
Rich collagen Hand Cream
Sweet Heart Body Miss
Hand Bouquet Rich Butter Hand & Heel Cream

Etude House Mask,Pack & Patch


Honey Wash-off Pack,
Greentea Nose Pack,
Collagen Eye  Patch ,
Natural Sheet Mask

Etude House Makeup's


Mascara : 66 Big Eye Vitcara,
Make up Base : Pore Smoothing Peach Base,
BB Magic Cream Moist,

BB Magic Balm SPF30/PA+++,

Surprise Stick Concealer,

Color ME nude LIP Concealer,

Proof 10 : Makeup Fixer,
Eye Glow Pencil
.




Etude House Skincare Part 2


Black Head heating Scrub,
Magic Bubble Peeling,

Cleansing Dream Mild Cleansing Milk,

Lips & Eye Remover

Etude House Skincare


 

Happy Tea Time Foam Cleanser Milk Tea,

Mini Size U,

First Snow Ice Cotton Toner,

Moistfull Collagen Cream,

Moistfull Collagen Emulsion

 

 

My Etude Collections

Tara.. ini lah collection produk Etude House yang saya ada. Tak banyak mana pon. Hihihi..

Ekceli ada banyak juga yang dah sedekahkan kawan2,adik & cousin. So ada alasan lagi la nak beli lain kan. Hahaha.. Okey tengok yang ni dulu.


Happy nya

Salam,

Hai, happy nya hari ni. Sebab dapat  kawan baru kat  FB Etude tadi.Owhh nama dia DIJAH..Kawaii la budak kecik ni. Saya dah tua la.. :( . (Tapi saya tade kawan yang best bleh  share minat ni. Coz kwan saya x minat benda ni. Membazir dorang cakap. Okey itu hak masing2. tak boleh la nak paksa. Kang kene pelangkung pulak haku...) Saja je add dia. Pastu dia accept. Pastu kita usha2 la dia. Then  mcm da lama kenal la pulak. Dia ada hobi n minat  yang sama la. Iaitu, suka  Etude House produk. Minat korean movie/dramas etc2.. I like.

Lepastu nak  hang out ke Etude pulak  next week. Besttt nyaaa..ada juga kawan yang bleh share minat ke etude kan. Pastu  ada janji nak bagi dia sample2 dr etude, coffee scrub, & poster Lee Minho juga. Oey sudah add kat reminder. Jangan lupa sudah kan.

Happy  betol... hilang juga la stresss kerja tu. Adoii.. ni kene pk banyak kali gak nak resign ni. Coz kene ada banyak duit ni nak shopping. Hahahaha.. gilerrr lah.

Okey lah. nak Make up blog ni... Owhh dah close la blog lama. Simpan lah sejarah kat sana. Kat sini nak happy2 je. Supaya boleh turunkan high blood pressure .

Tataaaa