Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 30 March 2011

Estee Lauder : & Coach Collection.

Salam,

Hi, hari ni nak share tentang Estee Lauder. Sementara menunggu  camera lain datang untuk menembak gambar produk Etude House saya tu. So saya try update gambar yang ada je dulu..Okey, sebelum saya menggilai produk dari Korea ni, iaitu Etude House. Memang betol2 gila dah ni .

Saya juga pengguna Produk Estee Lauder. Kenapa saya suka Estee Lauder? Estee Lauder is a high-end cosmetics brand. Perghh Hi-end tu. Dah sah2 la mahal kan. Mana la mampu nak beli set dia. Satu barang je dah  beratus. Tapi Alhamdulillah, dapat juga merasa. :P~. Erhh kene ucap terima kasih sejuta billion kat En.Santa Claus dari Kumamoto tu. :P~.. Dia lah yang membagi kebanyakkan produk Estee ni pada saya utk di  pakai. Saya pernah guna skincare Estee ni memang bagus la. Tapi bila dah habis, pepaham la. Mana ada mampu nak beli kan. So tukar la guna Neutrogenar kesayangan hamba tu :P.

Last year, Mr. Santa bermurah hati nak bagi hadiah Christmas dan new year katanya. So,hadiah berupa cash $$$$. Jadi tanpa segan2 lagi, serbu la kaunter Estee Lauder kat Sogo nun. Orang dah bagi kan, amik je. Nak tolak pon tak guna, kerana selagi x amik. Dia akan paksa amik juga. Hahahaha..

So, saya telah membeli ini..Sebab utama sebenarnya nak limited edition Coach pouch tu je. :P. Make up tu tade pon tape. Ada lagi bagus. Coz, barang make-up masa hantaran kawen (estee lauder juga) saya dulu pon still tak habis2 guna lagi. Gila betol. Apsal pakai make-up x habis, nak beli lain? Hahhh? Korang mcm ni juga ker?. Kalau yer.. cuba bagi tahu kenapa mesti nak beli lain? Hahaha.. Okey saya sendiri pon tak boleh nak jawab. Hahaha.







 Ini lah set nye, tapi nak beli benda ni yang bernilai RM180 (worth RM900) . Kena beli produk Estee lain bernilai RM200 keatas. Oh yer dia ada 3 set berlainan kaler pouch.

So nak mendapatkan juga The Coach Limited Edition PWP collection ni, kena lah beli  barang lain. Erm so saya amik Mascara dengan Compact Powder.



Saya memang tak berapa gemar dengan lipstick Estee ni, dia x tahan lama, n kene apply banyak kali, touch up byk kali.Bibir rasa berminyak je. Dan  warna nya tak terang mana pon. Huhuhu.

Compact powder dia pon sama, tak  berapa nak lekat.  Bila nak pakai tu kene tekan span tu kuat sket pada compact powder tu pon payah nak lekat kat span. Heyy, tension gua. Barang mahal pon x puas hati juga :P~.Ke haku tak geti guna ? Hahaha..Mascara pulak, memang bestttt. Melentik2 bulu mata, tapi dah melentik.. Melekat2 pulak bila tutup mata. Haiyohhh. Ke tak reti guna jugak? Erhh.. Etude House punya Mascara okey je sy guna. Lol...Pouch tu sampai skang still bertapa dalam kotak. Entah bila tahun la saya nak guna. Itu salah satu hobi saya kot, beli2, simpan, bila nak guna?.. Panggg..sedas!!!

Eye shadow dalam set ni paling fav saya. Especially, brown kaler tu.Nampak natural je bila pakai. Suka2. Lips gloss pon suka juga.Blusher dia pon best, x merah sangat , just nice je bila apply di pipi gebu saya ni :P..Memang sme jenis lips gloss & lipstiks Estee ni ada berbau manis. Yang tu saya x berapa suka. Erhh semua la ko x suka kan.. Hahaha.. Adoii. (see, asyik x suka je, skang  dah jadi italic pulak ni, x leh tuka setting .. grrrr.)




-

Saya tak pandai review. saya tulis apa yang saya rasa dan ini pandangan saya. Anda tak suka? Ada aku kesah? Hahahaha




 

2 comments:

  1. teruskan review anda..walaupun ada yg tidak sukakannya tapi saya masih menghargainya..kih3

    p/s= psstttt...blog sy dah siap kak..blog huduh2 je -_-'

    ReplyDelete
  2. :) tengkiu dung dung chey.. comei nye nick dia .. :)

    ReplyDelete