Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 28 May 2011

Etude House : New Arrivals

Salam,

Just  a quick update ...!!!
Tadi petang saya singgah  Etude House kejap.
Nahhh.. ada beberapa product baru sampai.


Blusher : Face Color Corset.
Ada empat color.
Hujung yang  choc tu. Untuk shading.
Saya suka yang dua-2 kat tengah tu.
RM29.90.
Blusher sahaja. Takde puff / brush
So kene guna brush / puff sendiri lah untuk blusher ni.
Saya belum beli lagi ni.
Tadi pun kelam kabut jer.
Kawan saya singgah beli skincare.
Nanti lah dah ok sikit saya pergi terjah lagi :)

Selain  blusher ni, ada BB cream,Eye mask sheet, facial cleanser, Hand lotion.



BB Cream Total Age ni mahal gila wooo. RM90.00++
Datang dengan satu color je. Tak sesuai untuk skintone yang ala-2 Halle Berry.
So lupakan aje lah Bb ni. T___T.
Bau dia x sedappp..



Open Eye Mask Sheet tu pulak. RM15.90
Saya tak pasti apa fungsi nye. Tadi tengok gitu-2 je.
Yang kaler2 dalam tiub comey ni .
Facial Cleanser ada 5 jenis.
Setiap satu ada bau dan  vitamin lain-lain.
RM16.90.
Kecik je, macam hand lotion collagen tu. "_*.

Wish list saya sekarang ni,
Saya nak  beli Darling cream.
Tapi  price adalah mahal.
So kene tunggu dia turun harga atau disc nanti.

Bulan Jun nanti ada lagi sale. 
Tapi tak banyak lah.
Untuk make up- 20%
Skin care 10 %.
Sekarang punya sale lagi ok dari yang bulan Jun nanti.


ALOHAAAA..!!!







Okey...
Ni bukan quick update...
Ni dah long update..
K lah bye!!!


T____T

Sunday, 22 May 2011

I love you Hunny Bunny...!!!

Salam,

Malas nye nak update blog.
Malasnye nak buat apa-apa.
Malasnye nak menghabiskan sisa-sia waktu yang masih berbaki ni.
Lepas je berakhir semua ni.
Tak perlu fikir dah tentang hal2 tu.
Tak perlu susah hati dah setiap hari.
Tak perlu nak menghitung hari detik demi detik,
Biarkan semuanye berlalu pergi.
Fuhhhh..!!!!


Weekend ni tak kemana-mana pon.
Padahal husband dok ajak pergi tengok wayang.
Janji nak belanja dia tengok F&F5.
tapi sebab kan MALAS.
Semua benda tak jadi.
Kesian husband ku sayang.
Im sorry. Binimu ini tengah mengalamai sindrom "MNBAA"
Bertabahlah, tak lama lagi sindrom ni akan hilang.
Kita layan movie dari pagi samapi ke malam yer.
<3<3<3

Tadi saya mengemas meja makeup.
Husband dah bising, cakap bersepah-sepah barang make-up ku itu.
Hahahaha, so dengan malasnye.Saya pon mengemas lah apa yang patut.
Ini kes pakai, campak then blah.
Ishhh..teruk sungguh sindrom MNBAA tu.

Inilah salah satu kotak ajaib saya.

 I love you Hunny Bunny.


 Cuba teka apa ni?



Wednesday, 18 May 2011

Tempat Ku

D'Hask - Tempatku.




~ Juga di suggest oleh KAWAN tu ~
Dua-dua lagu yang dia email tu pon besh.
Dan  mempunyai makna yang mendalam.
Thanx KAWAN.

Tuesday, 17 May 2011

Menghitung hari... detik demi detik..

Salam,

Arghhhh tak sabar nye nak tunggu sampai hujung bulan.
Lepas tu saya adalah free. Bebas, lepas terbang tinggi mencari  angan-angan. Hhohohoh
Okey, sejak dari dua tahun lepas lagi saya tunggu saat ini.
Susah sebenarnya nak  menjadi kan impian satu kenyataan.
Banyak hal nak kene  ambil kira, masa, wang, tenaga.. mcm2.
Setelah  terjadi nye macam-mcm hal.
Jadi  kene betol2 set apa yang saya nak.
Tak boleh tangguh2 lagi.
Makin lama, makin boleh buat haku jadik gila.
Saya tau nanti, agak susah nak sesuaikan diri.
Tapi itu yang saya nak.
Saya nak masa saya sendiri.
Saya nak buat  angan-angan saya jadi kenyataan.
Jadi harus berani ambil langkah ini.
Saya  selalu  berdoa agar,
saya  kuat untuk mengharungi apa jua rintangan dan dugaan yang  datang.
Ini bukan kali pertama saya buat  keputusan  drastik ni.
Ini bukan kali pertama saya memperjudikan nasib.
Tapi saya yakin dengan apa yang saya buat.
Semoga Allah makbulkan doa saya.
Amin.!!!

Perkara pertama yang saya akan buat nanti .
Saya nak pergi cari sesuatu yang rasa dia dah makin jauh dari saya.
Nanti ada masa ada kekuatan saya story kat sini.
Kedua, saya nak kemas bilik tengah ni.
Sejak saya kawen hari tu, masih belom ada masa nak berkemas.
Nak buang apa yang tak patut.
Nak simpan apa yang patut.
Hadiah-2 kawen dulu pon masih belom digunakan.
T_T..
Betapa padatnya masa saya.
Nak berkemas ni kene amik mood.
Kalau cuti 2 hari nak kemas ..memang tak cukup.
Kene teliti betol2 apa nak dibuang disimpan.
Coz banyak  lagi barang2 yang masih  elok.
Husband cakap saya suka kumpul Sampah.. T_T
Ini bukan sampah la, ini kenangan.
okey ada banyak lagi wishlist nak buat nanti.
Tapi x boleh  nak cerita sangat lah.
Sebab orang tu dah tahu my blog.









Saya ada blog lain kat sana. ngehngehnegh..
Sini update pasal Etude House je lah.. T_T

Sunday, 15 May 2011

Fast & Furious 5

Salam,

Hari ni saya keluar dgn Lil .twins.
Kitaorang pergi tengok movie.
Fast & Furios 5.
Dorang  agak lewat sampai.
But its okey.
Take ur time dear.
:)

Tapi saya lapar juga tunggu  lil.twins ni.
Hahaha.. tak  sempat bfast pon.
So dorang sampai je terus pergi mkn dulu kat Johnys.
Sembang2 sambil makan.
Pastu gi  beli tiket dulu.
Ada masa lebih kurang sejam
....pergi Etude House 

Sangat kagum dengan diri sendiri.
Sebab nya tiada RM yang keluar untuk Etude House.
Hahaha..
T__T

Hanya mereka2 yang  terdekat je tahu.
Takpe la, lain kali pasti ada lagi.
Saya pon tak sabar nak melalui detik2 waktu yang  
boleh buat  my high blood presure mencank-canak naik.
Sabar, berapa hari je lagi.
Lepas tu  buhbyeee!!!!

Best movie tu.
Saya memang suka watak Han @ Sung Kang
dari Tokyo Drift lagi.
Cerita dengan husband, dia merajuk pulak. 
Coz dia nak tengok movie siang tadi. 
Tapi saya suruh tunggu saya , kita tgk sekali.
Skali saya yang tengok dulu degn Lil. twins.
So, ada peluang la nak pergi tgk lagi nih.
Yeayyyy.. but this time saya kena belanja lah.
Anyway, thanx to Lil.twins.
Sudi keluar  dengan saya.
Kalau ada apa-2 terkasar bahasa ke, 
terlebih mkn dan minum, seringgit dua tu.
Kita kosong-2 lah yer.
Kalau ada sy terhutang ke apa. 
Let me know k.



Ni V.C untuk Dijah ..




Dansa Kudoro

... tak payah tunjuk IC dijah.
Leh layan lagu ni.. 
Hahahah





Saturday, 14 May 2011

I stalk your profile

Salam,

Happy weekend peeps.
Happy ker?
Dalam hati penuh serabut,
Shitt00!!.

Kelmarin,
Ada seorang KAWAN
Email saya satu lagu ni.
Mula2 dengar mcm tade feel .
Then second time dengar.
Huiyooo, jatuh cinta la kat  suara penyanyi tu.
Then 3rd time dengar lagi.
Saya dah start gelak-gelak.
Kelakar ok lirik dia.
Memang KAWAN saya tu gila.
Anyway thanx la coz share lagu ni erh.














Nasib gua dah private semua photo dlm fb.
Huahuahuhaua..
Kowai :x8



Tuesday, 10 May 2011

RM1 vs. RM1000000

Tadi tghari, turun beli  nasi.
Jarang mkn nasi lunch hour.
Slalu  makan roti je.
Kes malas nak turun bawah.
Paling rajin pon  pergi pantry buat milo, cicah beskot.

Tapi tadi, saya  sorang2 je kat  opis.
Team department sy  pergi  training.
Saya x ikut.
Tade kene mengena dgn saya.
Jadi tinggal lah gua sebagai penuggu gua office.
Bosan nak mam...
dengan matahari punya lah terang kat saya ni.
Ekon yang sejuk mcm bilik mayat ni. Rasa mcm kat tepi unggun api.
Melekit punya panassss.

Arghhh, turun la cari makanan.
Apa nak makan aaaa?
Subway? Bosan.
Kepcy. Muak.
Mamak? bek haku mkn biskut pantry.
Nasi campur? Ok gak.

So,  saya jalan selow2 pergi cari Lori putih jual nasi campur.
Susah woii nak mkn sini.
Fastfood byk. Mamak banyak. <-- dah  sama mahal dgn fastfood. T___T
Melayu nye makanan susahhhh.
Kalau ada pon ni la kat tetepi jalan.
Kat lori. Tu yang malas turun bawah ni.
Panas pon satu hal.

So, sy amik nasi putih, letak sayur sket, ayam goreng  seketul, sambal belacan. Pastu ambik bergedil satu.
Skali, ada satu kereta fairlady ni  berenti btol2 dpn lori ni.
Kuar la satu awek cantik  baekk punye.
Seksi wooo, taula musim panas kan.Huhuhu..

"kak, bergedil ni inti apa dalam?"
-mcm2 ada ni dik, daging,serbuk cili,serbuk apa ntah, daun sup,bawang blablabla..
"wooo, banyak campur la ni. sedap ke ni kak?"
- try la dulu dik, nak cakap pon susah, kang  org kata angkat bakul sendiri.
"bg plastik tu kak,erm ni berapa sektul ni?"
- seketul rm1 dik"
"woiii mahalnya, ntah sedap ntah tidak, saya ambil 6 ketul -rm5 dah la ye kak"
-x dapat la dik. memang harga dah murah la tu, org lain  buat tade letak brg byk cam akak.tapi dorang jual rm1 jugak
"Ala boleh la kak, meniaga tepi jalan je pon. tade bayar sewa...blablallabllala."


Saya , ngan  beberapa org len pon cam  menonton drama swasta lak kat situ tadi.
Dalam hati cakap, kereta dah mahal, baju dah  seksi. Muka cantik. purse dia tu koman2 pon  ada 2-3 ribu juga. Tapi  engkau nak beli bergedil  sebiji rm1 pon  nak berkira bertekak dgn orang?
Haiyohhhh.. rasa cam nak bayarkan je begedil dia tu.

Saya tatau la mahal ke tidak  begedil tu sebiji RM1.
Coz saya jarang beli. Bagi saya  ko ada duit, ko nak makan. Alahai takat  singgit pon nak berkira ker?
Pk sikit la zaman skang ni, mana ada mende murah. Ko nak kenc!ng pon kene bayar kan.

Agaknya dia malu kot, orang semua  pandang dia. cepat2 dia ambik brg ,bayar n blah.
Pastu  mulut2 tade insuran yang menonton drama tadi pon mengomen la.
Kereta dah  ratus ribu tu. Beli begedil pon nak tawar2.potpetpotpetbalbalbal..
Saya pon cepat2 suh makcik tu kira n blah juga. Panas laaa. X pepasal gua dah delay kat situ 5-10 minit  coz nak bagi lalun drama swasta ni  berlangsung.


 Ini lah roman erhh bergedil  kontrovesi tu.

Naik opis, saya pon makan lah. Memang berbaloi la  Rm1, sedap. Terasa rempah ratus n daging tu. Kira berbaloi-baloi lah. Terpikir juga, patut la boleh pakai  kereta mahal tu, kedekut. So duit  leh save banyak beli benda lain. hahahaha..


Macam-macam ragam ....

Monday, 9 May 2011

Di angin lalu.....

Salam,

Hari ni taknak cerita pasal Etude House.
Nak cerita tentang hal lain.


Pernah tak  mengalamai situasi begini?

 Diri sendiri mcm tade hal je dgn orang lain.
Orang ajak  mkn, ko makan. 
Walaupon ko x berapa nak suka mkn kat tempat tu.
Tapi sebab malas la nak banyak cerita.
So ko jadi pengikut jer.Ala, mkn je lah, 
sesekali tukar selera. Ikut selera orang.
Bukan mati pon, bukan dia suruh ko mkn racun kan.
Tapi tade la mengikut secara membuta tuli.
Orang minta tolong, ko pon tolong semampu mungkin.
Sebab  ko malas nak berkira.
Ala , ada apa hal kan. bukan  susah pon. 
Kata sekadar termampu terdaya.
Mengharap balasan?
Langsung la tidak.
tapi takkan orang dah tolong , 
kau tak reti pulak nak cakap terima kasih.
Tu namanya, BIADAB.


Lagi,
Orang nak bertanya kat engko ttg sesuatu,
Tapi dia langsung tak mulakan dgn cara yg baik. 
Macam berbahasa basi dulu.
Nak tanya khabar pon susah ker?
Ni direct terus pergi soklan, hujung-hujung terima kasih pon tade.
tapi  x menyabar2 nak kan jawapan.
Tapi sebab ko  malas nak berkisah kan
engkau jawab je.
Sekali dua tape la,
3-4 kali heyyy engkau ni datang dari rumpun budaya mana?
Sekolah dulu tade belajar  sivik ker?
Karang  cakap BIADAB lagi sekali marah pulak.
Kecik hati.
Hati orang  ko tatau pulak nak jaga.
Heyy macam-macam hal la kan.

Tu kalau masuk kes pinjam meminjam lagi haru.
Dia mmg tade duit. Tapi selera besar mcm dinasor.
Kalo boleh klcc tu dia nak beli.
Tapi 50sen pon nak mintak pinjam kat org.
Malu ke tak?
Kalau reti malu dia tade wat hal camtu.
Orang kata ukur baju bdn sendiri,
Kalau engkao  pakai baju  XXL.
Jangan la engkau beli  baju size XXS.
Kalau  muat pon, boleh masuk tak kepala je kot.
Huhuhu....
Depan org tunjuk dia kaya, byk duit.
Tapi belakang  pinjam hutang sana sini.
Bila mintak susahnye nak bayar.
Dah  mcm haku pulak yang  berhutang dgn dia.
Manusia ni mcm2.
Itu belom masuk bab lain lagi.
Bukan nak berkira ke apa. tapi kalau kita balik di kata-kata.
Lu pehal bro? Nak makan kaki ker?
Huhhh..

Sabar pon ada tahap.
Ini kes hilang sabar la ni.
Kalu disimpan makin melarat.
Kalau dipendam jadi dendam.
Lain pulak jadinya,
Dah la cukup sampai disini.
Fuhhh..lega rasanya..









Sunday, 8 May 2011

Etude House : Lagi...lagiii...

Salam..


Saya baru balik dr Eh. LAGIIII.
Pergi ambil barang ang tak cukup tangan nak hangkut bawak balik.
Esok kene bawak gi office pulak.
Hahahah..Macam Santa Claus haku nehh.
Rindu lah dengan Mr.Santa.
T___T
Huhuhuuhuhu...

Ikutkan hati saya malas nak pergi tadi.
Saya tengah mood P.
Sakit pulak  this time.
Rasa cramp pinggang.
Jarang sangat rasa sakit camni.
Selalu dia baik2 je datang dan pergi.
T___T

Tapi tadi Amoi E.H sudah call, tanya bila nak dtg.
Dia rindu saya la tu:P
Hahaha.. perasannn ...
Sebenarnya dia suruh saya datang ambil duit yang short tu.
Then dia dah beli kan BB Cream utk saya.
Hari tu tak teringat pon nak beli.
Pastu balik rumah try sample... erhhh mahuuuuuu.
Terus call ckp nak beli..tolak duit yang short tu.

 
 Pada adik yang msg saya kat FB tu,
Rasanya tak dapat lah akak nak tolong belikan BB dengan harga promosi tu.
Coz akak dah tade apa nak beli lagi.
Kalau ada kwn kirim ke apa ++ over RM80 .
Akak try la belikan.Tapi x janji yer.


Free Gift : Etude House Missing U Bookmark..

T_____T
2-3 hr lepas pergi tade pon dpt ni..
Hari ni  br ada..
Saya punya 2 je.
Lain semua my officemate punya,
Huwaaaa.. nak semuaaaaa.


Friday, 6 May 2011

Etude House : HoHoHoHo...

Salam..

Hari ni saya pergi EH
Ambil barang yang semlm tu.
Betapa kelam kabut nya saya tadi.
Coz hari ni lagi byk brg tambahan dr kawan2.
Hehehe, serabut juga kepala.
Nasib baik la buat something yg saya suka.
Tapi dalam pada tu juga ada duka nya.
OTW ke Jusco tadi ada Excident~ T____T
Orang tu mati katak depan mata saya.
Saya nampak something mcm asap hitam keluar dr mayat tu,
Scary. 
Manusia bermata transparent mcm saya ni mudah nampak benda2 pelik.
Dan  ia sgt menggangu saya sehingga saat ini,
Seyes, bdn saya seram sejuk.
Berpeluh2. Jangan demam sudah la.
T____T


Okey saya dah beres kan task saya.
Tadi pon ada berapa banyak bag nak kene usung keluar.
Tapi saya bawa separuh je.
Esok kena pergi lagi, ambil bawa balik.
T___T saya cuai sampai short RM20.
Esok kene pergi kira balik dgn dorang.
Memang serba tak kena lah saya hari ni.


Okeyyy2 untuk tak menghampa kan permintaan  Cik Dijah ni.
Nahhh saya dah update entry ni dengan barang pujaan beliau. :P~

Berattt woooo...
Nanti  dijah kena belanja akak  mkn Ice Cream k :P~




 Yang bulat2 tu  Free Sample: 
Precious Mineral BB Cream
This one kan. mmg  sangat sesuai utk Malay Skintone or yang kulit ala-ala Halle Berry kata nya :P~.
S.A tu yang  cakap,
Tapi memang btol la, dia x mcm BB yang  sedia ada tu kan lebih cerah 1-2 tone.
But this one mmg nice la.
Skang ada promosi, beli barang RM80 ++ ,
boleh beli Precious Mineral BB Cream ni dengan harga RM39.90
Retail Price RM65.90.

 ________________________________________________

 Ini  barang tuan tanah punya..
Mesti adaa...
:P~~~



Dah skang , boleh  start kumpul duit..
Untuk projek mega.
Cukup2 lah  E.H punya barang.
Lalalalalala...

Thursday, 5 May 2011

Etude House : Anniversary Special Weekend Deal's

Salam...



Arghhhh tension btol tengok promo ni.
Hahahaha..
Sebab nya saya baru je beli 3 set Petite Bijou Cotton Snow tu.
Skali promosi pulak. 
Hishhhh...

T__T


Tadi  Etude Fav saya tu call.
Barang yang saya  nak tu dah ada.
Then ingat tak  entry pasal Miss Tangerine Lip Tint tu?
Hahh, dorang dah tukarkan  Miss Tangerine Lip Tint yang  bucuk masyamm dengan yang baru.
Lepas tu dorang  g tau ttg promosi.
That time saya blur , kat office kan.
Sebelah ni si LEMPENG ngah  kene sawan Bab1.
So  tak berapa  concentrated sgt la.
Saya dgr S.A cakap  print voucher kat FB.
Hahaha.

So tadi balik kerja, saya singgah lah EH.
Ambik barang  saya tu, dapat Miss Tangerine Lip Tint baru.
Lepas tu  booking kan Petite Bijou tu sedozen.
Sweet Heart Series 5 set.
Ni utk Wendy Peach Beam Blusher -1 @ RM12 seketol..
Sedap woo tone suara dia..
Hehehe..

Esok  petang balik kerja baru pergi ambik.
Coz tadi saya x ckp cash.. T__T miskin dah haku skang ni..
And esok ada lagi nak tambah barang.
Mesti cakap saya  gila ni kan????
Bukan  saya punya la semua tu.
Ni kawan2 order, cousin &  officemate.
Takkan haku nak pakai  sampai 12 set kot.
Agak2 lah kan.
T____T
Esok gua akan jadi santa claus heret guni kuar dari Etude House.
Hohohohoho...!!!


Wednesday, 4 May 2011

Etude House : Craziness Haul Part 2

Salam,



Sambungan dari entry kat bawah tu.. :P


No 4.


Petite Bijou Moisture Body Lotion - 50%
Lucidarling Fantastic Rouge #10- 50%
Lucidarling Fantastic Rouge #06 - 50%
Angel Kiss Lip & Cheek #2 Lovely Angel Multi Tint Cream - 50%
Milk Screw # 1 Lime Milk - 50%
Lucidarling Fantastic Gradiation Cheek #3 Mix & Rose - 50%
Dack Circle Eye Patch 3pcs - Restock (PwP)*




No.5


Backing Powder pore Cleansing Tissues ( Oil Type) - 20%
Moistfull Massage Mask -(PwP)*
Collagen  Moistfull SPF25/PA++ - 
Essence-in pact #2 Natural Beige - 30% 
Proof 10 - Jewelry Pencil # Metalic Silver - RM8**
Proof 10 - Jewelry Pencil # Black  - RM8**


_____________________________________________________

Hasil rembatan  tanpa bersalah di atas dibelanja penuh oleh Jie San.
Thanx x 10000000000000000.
Bila nak ajak pergi konter E.L pulak?
^__*

Pastu esok nye baru saya beli guna duit sendiri.
Hahahaha.. nasib ada RM50x2 Cash Voucher.
Saya shopping untuk mak and adik pulak.
Mak ngan adik pon da minat Etude House.
Pasni  gua kene sorok la barang2 E.H.
Hahahaha.. Kedekkkk punya olangg :P~.
Yang tu nanti la saya rajin saya update la..
Tunggu ada 10 komen dulu, baru update :P~
Kekekeke.,.
Demand pulakkk.


















Monday, 2 May 2011

Etude House : Craziness Haul

Salam.


Okey  seperti  yang dijanjikan.
Janji per?
Hahaha...
Tengok entry kat bawah ni>
Tak tengok.,.
Dah pergi men jejauh.
T___T

..


K, ni hasil rembatan secara  percuma kat Etude House
Percuma? 
Engko ingat Etude House baik hati nak bagi  product dia percuma2?
Hahaha.
Tidak lah kan.
Percuma maksud saya tu.
Saya bershopping dibelanja oleh seseorang.
 Selamat  duhet hakuuu :P
------------------------------------------------------------------------------------------

Sunday, 1 May 2011

Etude House : Absolute craziness ...!!!!

Salam.

Happy Labour Day peeps..!!!!

Sekejap je kan dah bulan lima, bulan Mei?
OMG..!! sangat  cepat masa berlalu.

Entry kali ni sangat bahaya.
Serious sangat bahaya untuk golongan yang ada perasaan 
dengki ,sakit hati &yang negative2 belaka.
Awal2 saya  nasihat kan kalian, supaya go away if kalian bersifat demikian.
Kerana entry kali ini, boleh menaikan sifat2 negative tersebut.
Hanya yang berhati waja dan mengamalkan semangat  sharing is caring je stay ok.
Hahahaha..

Saya cuma nak share apa yang saya dapat dr 3rd  Anniversary Sale Etude House kali ni.
Takde de saya nak riak ke hapa.
Dah nama pon  blog saya tu Midori Love Etude House kan.
Tak salah pon saya nak letak product2 kegemaran saya dlm ni.
Dengan  konsep sharing is caring.
Selain tu dapat mengikat silaturrahim.
Yang bukan tergolong dalam tu.. x gheti gheti lagi ke?
Nak kene bakooo?

:P~~

Terpaksa beb kasik amaran awal2.
Kang ada  je  mengomen, riak la, berlagak la. itu ini blablabla potpetpotpet..
Macam haku ada mintak duit engkau jer.
Huhh..