Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 7 December 2011

wordless wednesday : Shopping Therapy



Sunday, 27 November 2011

Payah-payah...

Salam,

Pergh lama tak update blog ni.
Bizi la dengan bisnes kang ni. Macam bisnes juta2 je kan. Hahaha..
Alhamdulillah, banyak dapat sambutan. Rezeki2. Syukur.

2 minggu baru ni, kaki sebelah kiri injured. Terhencut la berjalan mcm org cacat. T_T. Seksa betol. Nak wat kerja pon kene minta bantuan orang .Payah. Kalau kita tolong orang kene ikhlas kan. tapi bila kita minta tolong orang lain pulak. orang tu buat kita mcm  haram jadah. better g mati camtu kan. Huhhh..Payah2..


Memang banyak benda nak di update tapi, rasa mcm dah tawar hati pulak nak menulis dalam blog ni. Kang apa kita tulis, lain pemahaman nya pada orang lain. Kita kata A. dia faham B. Pastu  jadikan isu pulak. Susah nye manusia mcm ni. Payah-payah.

Wokey lah blog, ada hari depan, panjang umur, ada mood baik, kita jumpa lah lagi. kalau tidak. Bye2 la ko kat sini.. T_T

Wednesday, 2 November 2011

wordless wednesday : wedding guestbook

Wednesday, 19 October 2011

Wordless Wednesday : My 2nd Quilling Set

Monday, 17 October 2011

Level...

Salam,

hari ni genap tiga tahun...
masa mula-mula dapat tahu tu, sedih la juga.
tapi, life must go on kan. selagi ada nyawa.. walau apa pon terjadi.. kena fight.
kalau dulu satu je..masuk thn kedua dia naik level.. now.. ngam2 level 3.
kalau dulu, sikit2 boleh tahan lagi, makin lama makin x berapa nak tahan dah.
harap dia leh stop sampai takat ni je.. kita harap , doa mcm tu.
tapi Allah dah tetapkan apa terbaik ...what ever it is.. REDHA.

Thursday, 13 October 2011

Baca ni pastu pergi la mengadu...*&^%$$

Salam,

Seorang ibu boleh jaga 10 orang anak. Tapi seorang anak belum tentu boleh jaga seorang ibu. Kalau belajar tinggi melangit , keluar  U grad bagus, pergi  interview dapat kerja bagus gaji tinggi, dapat pakwe makwe handsome, cantik , kacak bergaya. Tapi DERHAKA pada seorang ibu. Apalah guna nya. Kena ingat, setiap usaha kau berjaya datangnya dari doa seorang ibu juga. Jangan menidakkan kebenaran.

Kalau hari ini kau duduk diatas, mencipta kebahagian sendiri atas kesedihan hati seorang ibu. Jangan lupa, bumi ini berputar, setiap perbuatan akan dibalas.Jika hari ni, kau gagal menjalankan tanggungjawab  seorang anak pada seorang ibu, kau perlu ingat kau juga akan ada anak, dan pusingan itu akan berlaku mungkin lebih hebat dari perbuatan kau sekarang.

Kalau tanggungjawab  seorang anak tak mampu  dijalankan dengan baik, macam mana nak mendidik isteri & anak2 sendiri nanti? .. Kalau berpuluh ribu  duit sanggup kau hadiahkan pada bakal isteri. Takkan duit ubat  seorang ibu x mampu kau hulurkan. Sejauhmana kau berjalan di bumi tuhan ni, tak guna nya kalau kau takmampu datang melawat seorang ibu. Sia-sia.

Huh...
Erh, nanti ada pulak yang terus tutup blog, mungkin lebih sadis lagi aku diserang seperti lebih setahun yang lampau kerana ini. Maafkan aku. Aku sudah tak tahan melihat seorang ibu kesedihan menangung rindu pada anak yang langsung tak pedulikan pada ibunya.

Perempuan tua itu yang melahirkan kau, memperjuangkan nyawa kerana kesusahan melahirkan engkau.
Dilahirkan penuh cabaran, membesarkan kau yang penuh kesakitan.
Ditatang bagai  minyak yang penuh.
Apa pon kau didahulukan dari yang lain.
Sudahnya, kau buang perempuan tua itu.
Kau biarkan hatinya terluka, kau langsung tak pedulikan dia.
Kau lebihkan orang lain...
Ingatlah, selagi perempuan tua itu masih bernyawa, datanglah minta ampun.
Jangan nanti sudah terlambat, kau juga yang terkilan.

Yang kau tu pon  sama naik juga dengan jantan bacul ni...


Ikut hati nak je aku sepak2 kau ni. Esok kau jadi ibu, kau tahu la nasib  kau nanti..lepas tu  baru nak menyesal. Sekarang Allah bayar cash je tau. Pintu taubat masih dibuka.





Berasaskan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang mafhumnya:
Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?

Baginda menjawab: Ibumu.
Lelaki itu kembali bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab: Ibumu.
Lelaki itu terus bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab lagi : Ibumu.
Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?
Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.

Monday, 10 October 2011

Happy 10th Anniversary

Salam,

Hari ni genap 10 tahun saya berkawan, bercinta dan berkasih sayang dengan Mr.S a.k.a Husband tersayang.
Tak sangka lama juga kita orang kenal. Hehehe, masa tu saya muda remaja lagi. Sekarang pon muda juga cuma remaja lewat usia la pulak :P~

Memang setiap tahun akan celebrate hari  anniversary ni. Tapi tahun ni kita celebrate secara demam  panas bersama-sama. Memang sehati sejiwa btol. Hahahah. Saya sedih sebab husband x sihat. Saya sakit takpe. Dia tak boleh. Makin sakin saya rasa bila tengok dia sakit. T_T.

Hari ni husband tidur jer. Saya pon sama. Tak larat nak bangun. Bila dah petang sikit baru kurang rasa demam tu. Bangun makan nasi, mkn ubat. Saya doa sangat semoga husband &  saya cepat sihat...

Okey pening ngadap pc lama-2. Nak baring ....bye..!!!

Wednesday, 5 October 2011

Wordless Wednesday : My Quilling Set

Thursday, 29 September 2011

Saya & Frame

Salam,

Dua tiga hari ni, saya kene tinggal kat rumah. Husband outstation. Rasa mcm kehilangan je. Bukan tak biasa pon, kalau saya kat sana mmg sorang juga. Tapi ada orang nak membantu / tengok2 kan. Ni bila dah sensorang kat rumah memang agak payah la dengan keadaan mcm ni. Takpelah, husband pergi sebab  kerja. Saya pon tade lah nak cakap apa. takut dia susah hati pulak nak pergi. Mak saya ada hal pula..takpelah tawakal je.. minta2 saya tade pape.


Tadi rasa sihat sikit, kuatkan semangat nak buat kerja sikit. Ada tempahan frame gambar. Nak petang tadi. Memang short notice betol, nasib baik semua bahan2 dah ready tinggal nak  gam2 kan jer. Dah alang2 buat  kerja tu, buat terus 2-3 frame lebih.  Sebelum pukul 5 tadi , orang nya datang ambil kat rumah..Tengah rasa sihat ni boleh la gagah buat. Kalau tetiba tak boleh  bangun, hurmm minta maaf je la.

Lately ni  mmg teruk sangat  tahap kesihatan saya ni.. ada satu hari langsung tak boleh bangun, lemah lesu satu badan.. Esok nya cergas.. time tu lah saya pulun nak buat apa kerja..2-3 hari pastu lesu balik.. Adoiyaiii.. Sedih dengan keadaan diri sendiri. ..takpelah nak merungut sangat pon tak elok.. redha kan je lah ketetuan illahi. Doa saya moga sihat dan kuat mcm dulu. Tak payah nak susahkan husband atau mak untuk urus diri sendiri pon dah bersyukur sangat. T_T

 Frame gambar yang ditempah tadi, utk Birthday Auntie.

For Sale 
...berminat boleh email saya..


Wednesday, 21 September 2011

wordless wednesday


Monday, 19 September 2011

Skecthing

Salam,

Dah lama x melukis. Stroke pon dah kelaut...yang penting "kaeru" x pernah tinggal.


Friday, 16 September 2011

Meletop

Salam,

Lately ni saya mmg outspoken habis. Dah banyak terpendam tersimpan dalam hati ni. Sabar dah sampai  x ckp space. Rupanya saya deal dengan manusia yang tak boleh cakap baik2. Bila kita berlembut. Dia ingat kita bergurau. Dan makin  naik minyak pulak dia nak  memperlekehkan kita. Ok fine.

Selama setahun ni saya  sabar jer dengan karenah & ragam dorang. Lantak la apa kau nak buat. Tapi bila kita lantakkan , eh makin hebat pula nak tunjuk kuasa. Saya manusia biasa punya perasaan. Selagi saya sabar. Saya akan sabar. Tapi  this time, cannot.

Last week 1st time saya mengamuk , setelah  setahun diam je dengan perbutana dorang. Memang saya  bagi habis2 sampai terdiam dia tak terkata-kata. Memang ringan je tangan saya yang sakit ni sepak muka dia. Saya dah banyak kali sound, jangan sampai tangan sy naik kemuka dia. Kalau  dah kene mmg bisa. Tapi mmg dia mintak sangat kan.

Kalau dah terlampau banyak sangat menyimpan , sekali  keluar memang meletop. Siapa yang  ada add FB saya tu, maafkanlah  sepatah dua kata2 kesat saya tu. Saya kalo boleh taknak  bising2, mengamuk2 tak tentu hala. Tu masa budak2 dulu lah. Skang ni lebih banyak sabar n diam. Tapi dalam sabar2 tu boleh juga meletop kalau x kena gaya..

T_T

Wednesday, 7 September 2011

Die ..die.. kill...killl...

Salam,

Saya dah lama nak beli machine die cut ni. Dari tahun 2007 lagi.. tapi masa tu susah nak beli kat sini. coz x byk kedai jual brg2 raw utk craft ni. Kalau ada pon mahal gila setelah di mark up dgn mcm2 kos. Masa tu nak beli pon lebih kepada keinginan nak memiliki je. Bukan  beria sangat. So  pendam kan je lah hasrat tu.

Tapi skang ni, memang harus beli lah. Untuk memudahkan kerja2, potong memotong shape, kertas, kain etc2. Kalau nak buat manual guna gunting, setakat 2-3 kpg tu  larat la. Kalau dah beratus keping.. mau gunting jari je trus kan. Nak lagi skang ni banyak job masuk. Alhamdulillah rezeki. -(rezeki org teraniaya ).

Saya usha kat kedai craft  The Curve sana tu, agak mahal la.. Kebetulan ada org jual dgn harga berpatutan, brg pre-order dr US. Kene dengan budget saya. So, dah tiba masa nya nak angkat satu. Sempena hadiah besday pon iya juga. Husband dpt bonus + angpow raya dr boss dia. So  adalah bahagian saya juga. Hahaha.. Husband bagi beli ...setelah sakit telinga dgr bini dia memekak ckp sakit tgn..T_T..


Big Shot Machine.

This is a stylish black and pink machine that works with the entire Sizzix product library including the biggest and smallest dies and most exciting techniques.
This ultimate roller machine cuts everything from cardstock to fabric and many things in between.
The Big Shot comes with a pair of Standard Cutting Pads and the Multipurpose Platform which makes all Sizzix components compatible with the Big Shot Machine and even works with other brands' dies and embossing tools! Machine measures 6-1/2x4-1/4x8-1/2in.
Shipping Weight: Approximate 6kg
(dies and embossing folder sold separately)



Sunday, 4 September 2011

Sekejapnya...

Salam,

Dah raya ke 6? Kejapnya masa berlalu. Haihhhss..

Raya pertama hari tu, kita orang balik raya umah famly husband . Dekat je pon, x sampai 10 minit dah sampai. Aktiviti ziarah menziarahi sedara mara sebelah sana. Sampai petang. Tu pun gagah kan juga diri, rasa nak pengsan. Badan dah seram sejuk nak demam. Mkn sikit pagi raya kat rumah mertua. Pergi rumah sedara mara cuma minum air & mkn kuih. Yang lain tu asal singgah je mkn. Saya x leh nak masuk dah.

Balik je rumah terus mkn ubat.. terus tido. Hari pertama beraya, mood nya biasa2 jer. Tak le meriah mana pon. Sebab ada orang spoil my mood. Tak faham betol dengan sikap manusia yang mulut ckp lain, hati ckp lain. Huhuhuu.. Tapi sebab raya kan, sabar jer. Allah tu maha adil. Baru je minta ampun & maaf. Siap nangis2 lagi cam dlm drama tu. Banyak betol dosa dia kat saya. Tapi sekejap je. Pastu, kumpul balik utk buat drama raya thn depan. Fitnah itu salah satu dosa besar. Hey, taubat lah selagi ada peluang.!!!

Raya kedua, tak beraya ke mana2 pon. Pergi The Curve cari paper & brg craft. Balik rumah, start buat design utk tempahan. Husband keluar dgn adik tgk movie guna ticket dari  nuffang.

Raya ketiga, pergi Sg Wang & BB Plaza.Cari buku design. Nasib baik jumpa kat Basheer. Lama dah cari.. Beli magazine craft kat kedai buku sg wang. Masa tengah pilih2 magazine tu, ada sorang mamat ni terlanggar saya, kena bahu kanan. Kuat. Sakit nya Allah je yang tahu. Betul2 kena pada tempat yang sakit tu. T_T.

Raya keempat, beraya rumah sedara husband. Banyak  beraya sebelah sana. Sebelah saya, minggu depan baru pergi. Banyak yang kat kg lagi. Kena tunggu dorang balik sini dulu.Petang sikit, pergi Melawati cari paper & brg2 nak buat kerja. Sebanyak2 kedai stationary kat situ. Satu kedai je jual brg yg sy nak tu. Jumpa boss lama masa keje company printing dulu. Dia offer sy kerja dgn dia semula. Hurmm.. jauh sgt nak ulang alik. Lagi pulak, keadaan kesihatan x mengizinkan. T_T.

Raya kelima, husband dah mula kerja. Lol, 1/2 hr je pon .. kerja hr sabtu? Kelakar sgt nak kerja 1/2 hr ..sabtu...???? grrrr... Duduk umah jer, wat kerja sendiri. Start pening pk pasal kerja ni, takut x sempat siap. sbb ada 500kpg, handmade...husband tolong2 ptg kertas. Ishh tak sabar nak beli mesin die cut tu. Senang sikit kerja. Mlm gi raya umah jiran, pastu gi raya kat selayang.

Kesimpulannya, raya tahun ni adalah tidak best. Sekian.


Tuesday, 30 August 2011

Salam Aidilfitri

Salam,

Yeay dah raya..Alhamdulillah sempurna dah sebulan berpuasa. Saya dapat berpuasa 29 hari. Walau pun tak sihat, saya gagahkan diri juga nak berpuasa. Tahun ni satu persiapan raya pun saya tak buat mahu pun beli. Baik dari baju raya & kuih. Walaupun saat-saat akhir 2-3 hari lepas husband paksa juga beli baju raya. Saya cuma beli sehelai tudung je. Sbb husband dah merajuk. Bukan apa, langsung takde rasa nak beraya thn ni. Kalau ada umur panjang & rezeki..InsyaAllah tahun depan kita sambut raya dgn meriah. Itu janji saya pada husband.

Mak saya ada lah beli biskut raya 3-4 jenis. Raya kali ni mak masak rendang ayam 4 ekor. Rendang daging 4 kilo. Nasi himpit, kuah kacang dan lontong. Mak masak banyak sebab ada tempahan dari kawan dia. Saya cuma beli lemang je. Niat di hati nak juga masak nasi tomato. ayam masak merah & acar timun. Tapi awal2 dah kene sound suruh duduk diam2. Hurmmm..

Pagi tadi tergerak hati nak tanya mak, ttg bayaran zakat fitrah. Mak cakap entah siapa lah yang nak bayarkan utk mak. Memang terbakar hati saya dgr mak ckp mcm tu. Nasib baik husband mmg nak pergi bayar. Saya tahu mak kecik hati dengan sikap anak2 dia yang mcm .....

Raya kali ni pada mak sama mcm raya 2-3 thn sebelum ni..anak2 kesayangan mak buat perangai. Saya rasa drama2 raya , ttg anak2 yang derhaka tu belum mampu membuka hati , tauladan dan pengajaran pada manusia2 yang  mati hatinya. Bila anak2 yang diharapkan menjaga seorang ibu, lebih pentingkan orang lain.Lebih pentingkan bahagianya sendiri dari bahagia seorang ibu. Huhhh...Bengkak mata mak menangis sepanjang malam, mmg sangat melukakan hati saya.. Doa saya di hari yang mulia ni, semoga tuhan buka kan pintu hati mereka2 tu. Jangan sampai tak sempat minta ampun.

Hari ini saya diberi kesempatan untuk beraya dan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 28. Semoga sy diberi kesihatan yang baik, murah rezeki & bahagia disamping husband & emak.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.







Wednesday, 24 August 2011

wordless wednesday : Selamat Hari Raya Aidilfitri




Tuesday, 23 August 2011

TQ Nuffnang & TGV

Salam,


Saya dapat 8 keping TGV movie pass from Nuffang, sempena birthday.
Sila rajin cek email acc ye, kalau tak terlepas peluang ni. :P
Ekceli, setiap sorang dpt 4 kpg pass je.
Bukan lah 8 keping mcm saya dpt tu. :P
Hahaha.. sebenarnya 4 kpg dr pass tu husband punya.
Coz dia pon ada acc Nuffnang juga utk blog beliau.
Kebetulan pula birthday dia awal bln br ni.
N saya pulak hujung bulan.
So alang2 dia pergi tu, tlg amik utk saya skali.

Terima kasih banyak2 la pada Nuffnang yang perihatin pada blogger yg reg dgn dia.
Banyak peluang dan salah satu sumber kewangan pada blogger.
Saya tatau nak tgk movie apa lagi, sbb ada 8 kpg ni kan, 
mungkin raya nanti ajak adik2 sy g tgk movie guna pass ni.



Monday, 22 August 2011

Cuak

Salam,

Cuak betol tadi, dapat call dr hospital. Dah la hari ahad, petang pulak tu. Apa hal nye la pulak. Takkan kena masuk wad time2 camni pulak kot. Tetiba jer. Huhhh... skali doktor call nak cakap hal lain daaa..Rabu ni kene pergi hospital jumpa pakar... Lol.... Giloooo punya cuak dibuatnya.

Dah la masa dpt call tu, saya tengah buat puding milo. Air dah mengelegak atas dapur ni, ngah bancuh milo, tinggal jap masukkan serbuk agar2 dlm periuk. Cuak punya pasal, puding milo ku lupa letak susu pekat.. Hahaha.. nasib baik ada letak gula skit & susu cair.. So jadilah puding milo kurang manis. Nasib rasa milo tu kaw jugak..

Lupa lak nak snap gambar puding milo tu. Dah tinggal separuh loyang, mmg best la mkn sejuk2. Puding tu tak keras sgt, sedang2 je. Kalau keras2 mmg saya x mkn la. Tak suka. Tadi buat pon lebihkan air, lari sket dr resipi asal nya.

2-3 hari lepas baru je kemas meja craft & susun balik kertas2 ikut warna & texture. Tools sme mana yang melekat2 kene gam, saya asingkan .Basuh. Ingat tade tempahan dah. Sebenarnya malas pon iye juga, tade mood nak buat dah. Badan rasa x sihat. Tapi tadi, ada tempahan lagi.. Budget besar kali ni, so kene mula kerja balik la esok. Rezeki datang, takkan nak ditolak kot.



Thursday, 18 August 2011

Sago gula melaka ok.u

Salam,

Hahahahha... senang je buat sago gula melaka ni. Semudah  1,2,3... Tapi kalau dah serba kekurangan yang mudah jadi payah. T_T.

Lepas buka puasa tadi, teringin sangat nak mkn sgo gula melaka. Kebetulan ada sagu sket dlm peti ice tu. Suruh husband bli kelapa & gula melaka kat kedai dpn tu. Saya panaskan air, sediakan bhn2 nak buat sago tu. Part yang mencabar, mengacau sago tu lah. Makin lama makin likat . Mula2 ok lagi, bila dah jadi likat sikit, rasa berair biji mata, T_T... tangan dah mula tak berasa. Kacau jugak slow2, sampai terus rasa bahu ngan tgn dah hilang.

Panggil husband sambung kacau. Org lelaki buat keje mmg tak semenggah kan. Sorry la kenyataan. Khusus utk suami ku yng tersayang. Huhuhu.. Ikut hati nak je saya campak  periuk sago tu dlm tong sampah. Bila sagu dah masak betol. Saya lalukan bawah air, kasik hilang kanji2. Err saya bagi arahan je. Husband yg buat. Pastu nasib baik dah perah santan sesiap sebelum masak sagu. Tu pon tgn dah start rasa semcm.. Tak sampai 1/2 jam pon semua dah siap. Bukan susah pon. Tapi sbb keupayaan tu kurang, tu yg jadi huru hara jap.




Ini lah  rupanya sago gula melaka ok.u ku.. hahahah. Dengan bersusah payah nak menyiapkan. nasib baik sedappp.. Rasa cam nak buat onde2 buka puasa nanti. Tapi husband dah warning, tak payah la nak nyusahkan diri. Duduk dendiam, nanti dia beli kat pasar yg dah siap . Masalahnya yang dah siap tu, bkn sedap, kadang tade gula pon dlm tu. tepung semata2. Orang meniaga kan nak untung je, mana dia peduli sedap ke tidak.

Wednesday, 17 August 2011

Friday, 12 August 2011

Art & craft

Salam,


Antara handmade cards yang ditempah.
Saya dapat offer buat handmade greeting cards ni dari sesorang &  bdn NGO.
Syukur Alhamdulillah, rezeki datang tanpa disangka-sangka.
Saya buat semua ni dalam masa 2 minggu.
Memang agak terbatas sikit, sbb saya kurang upaya nak  memotong dan menggunting kertas.
Nasib baik husband tolong sikit2.
 Semua sekali lebih seratus keping.

Dah hantar dah pon Rabu lepas, masa balik dari appt kat hospital.
Skang ni tengah siapkan tempahan kad raya pulak.
InsyaAllah, kalau sihat & ada rezeki,
bulan october nanti, ada projek besar
n ada orang offer saya untuk buka class ajar kumpulan yg  krg bernasib baik.
Kira mcm kerja amal juga lah.

Wednesday, 10 August 2011

wordless wednesday : I just found this drawing that I did 15 years ago


Tuesday, 9 August 2011

Happy birthday my sweetheart

Salam,





Happy birthday bang, I sayang you to death  


I tahu I bukan isteri yang sempurna pada you,
Tapi I akan cuba buat yang terbaik untuk kita
Keadaan I yang tak sihat sekarang ni ,
memang banyak menyusahkan you.
Terima kasih banyak2 jaga I.
Happy birthday dear.
















Wahhh, 3 hari berturut2 entry untuk birthday je..
Kikikiki... nak buat macam mana dah itu susunan sejak azali. :P
Hari ni  birthday husband saya yang ke 38tahun.
Sudah tua suamiku. Saya tak fikir lagi apa nak bagi hadiah kat dia.
Bila tanya dia nak apa. Dia cakap tak payah la beli pape. Kang x bagi betol2 baru tahu :P~.

Monday, 8 August 2011

Happy Birthdays..!!!

Salam,

Selamat ulang tahun kelahiran yang ke 28thn

Linda & Nazif.



Dua orang sahabat dari sekolah rendah lagi. 
Dah 21 tahun kita berkawan. 
21 kali jugak saya tak pernah lupa wish birthday pada kalian.
Semoga sihat, panjang umur dan cepat kawen ye linda. :)



Sunday, 7 August 2011

Happy Birthday ..!!

Salam,


Happy Birthdays





...




walau kemesraan sudah hilang bertahun-tahun lamanya.
walau terlalu banyak luka yang mencalar hati..
ingatan tulus ikhlas, selamat hari ulang tahun dari kakak.

Thursday, 4 August 2011

Selamat berpuasa

Salam,

Dah empat hari umat Islam berpuasa. Alhamdulillah, saya dapat berpuasa dengan baik. Walaupun masih belum sihat sepenuhnya. Selagi ada kudrat memang taknak tinggal puasa (cuti stp bln tu bila dtg mmg x blh elak la) .

Puasa kali ni, sayu betol hati. Memang lately ni saya sedih yang teramat sangat. Tak tahu kenapa. Air mata ni cepat je mengalir. Kesihatan, pun tak berapa bagus. Keluar masuk hospital tu dah mcm rutin.

Teringin nak masak2 untuk berbuka puasa ni. Tapi keadaan tak mengizinkan. T__T. Mak pula takde sepanjang bulan puasa ni. Tinggal saya berdua dengan husband.. Mak suruh beli je. Hari-2 beli, memang tak lalu lah. Bukan sedap pon makanan yang org jual kat pasar ramadhan tu. Rupa cantik, rasa...kelaut. MAHAL..!!!

Sedihhhhhhhh nya.

Bulan puasa ni, ada hamba Allah yang baik hati bagi rezeki pada saya. Terima kasih banyak-banyak. Hanya Allah je yang boleh balas pemberian dia tu.

Saya dapat tempahan buat kad raya & mcm2 jenis greeting cards dari satu jabatan NGO ni. Kalau ikut kan mmg tak mampu nak buat. Saya tak kuat mcm dulu. Tangan saya x boleh nak gerak sangat. Tapi bersungguh2 pulak hamba Allah ni. Saya tak mampu nak tolak. Seadanya saya cuba buat yang terbaik. Nasib husband ada tolong ptg & gunting kertas.

Bulan ni selain bulan puasa, bulan kelahiran orang2 yang saya sayang.

Wednesday, 3 August 2011

wordless wednesday : Paper flower

 




Wednesday, 27 July 2011

wordless wednesday

Monday, 25 July 2011

Syurgamu

.... di bawah tapak kaki Ibu...


Dalam Hadith Sahih Bukhari,

Seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya :

Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?

Jawab Nabi

“Ibu kamu”

“Selepas itu?”-

“Ibu kamu”

“Selepas itu?”-

“Ibu kamu”

Kali ke 4 lelaki itu bertanya,

“Selepas itu?”

Jawab Nabi

“Ayah kamu”


.......  kalau tanggungjawab terhadap  seorang Ibu  pun tak mampu kau sempurnakan. Apalah guna kebahagian yang  kau cari. Mencari Ibu bila kau rasa perlu. Lebih suka melayan perempuan lain lebih dari Ibu kau sendiri. Melayan Ibu kau  seperti orang asing, seperti musuh yang perlu diperangi... Bertaubat lah selagi ada waktu.

Wednesday, 20 July 2011

Selamat ulang tahun...



Selamat Ulang tahun yang ke 47 mak.

Semoga dipanjangkan umur & diberi kesihatan yang baik.
Orang doakan yang terbaik untuk mak.
Orang tak tahu apa nak bagi sebagai hadiah.
Hadiah tu no dua , sebenarnya yang penting adalah ingatan.
Mungkin ada orang lupa hari ni hari  ulang tahun kelahiran mak.
...maafkan lah dia..
:)



Pagi nanti orang kene pergi hospital lagi.
Mak tolong doakan ya..!!!


Thursday, 14 July 2011

Sebagai manusia ....

"...... aku sayang padamu !!!"

Itu kata Laksamana Sunan atau nama sebenarnya Saifudin
lelaki berduka dari Tanah Rencong..

..........
 
Terjebak dengan novel trilogi cinta epik Laksaman Sunan , 
novel tulisan Ramlee Awang Murshid.



Novel ni ada 5 buku semua nya,
Kene baca kelima-limanya baru tahu asal usul cerita Laksaman Sunan ni.


Asalnya, saya terjebak dengan  novel ni, kerana mimpi.
Saya bermimpi,  berjumpa dengan mahkluk seperti manusia, putih seperti kapas, 
bezanya cuma mahluk itu bersayap.
Dalam mimpi tu, saya bertanya siapa mahkluk tu.
Mahkluk tu  cakap dia mahkluk tuhan,
hidup lebih awal dari  manusia dijadikan.
Saya tersedar , waktu azan subuh.
Mimpi tu habis macam tu je.
Memang mimpi mainan tidur kata orang,
tapi mungkin boleh jadi petunjuk atau apa saja.
Ntahlah.. susah nak cakap tentang hal ni.
 
Jadi saya cerita dengan seorang kawan ttg mimpi saya tu.
Dia cadangkan saya baca novel trilogi epik Laksaman Sunan.
Sebab dalam novel tu, ada cerita ttg manusia bersayap tu.
Tapi tak berapa lengkap ttg asal usul kejadianya.
Sumber lain yang saya baca, memang ada mahkluk ni.
Dikenali sebagai Al-Hin..
Sama ada betul atau tidak mimpi ..hanya Allah yang tahu.

Kerana semangat nak tahu sangat ,
saya ambil masa 4 hari je nak habis kan 5 novel tu.
Thanx kat kawan yang datang ziarah saya masa kat  ward hari tu.
Macam tahu-2 je saya nak beli novel ni.
Dia datang bawak novel sebagai buah tangan.
:)

Monday, 11 July 2011

Protected : Bezakan intan dan kaca

This is encrypted: ***

.... you always hurt me !!!

Sunday, 10 July 2011

Fried Ice cream with love

Salam,

Tadaaaahhh... semalam lepas lunch, saya try buat ice cream goreng.
Senang je rupanya. Last saya mkn ni, 2thn lepas kot. Beli kat GIANT.
RM2++ seketol. Skang dah tahu, boleh buat sendiri jerk.
Ceshhh belagak pulak disitu.

Ni 1st time buat, so agak kalut juga lah.
Tapi kalo tak cuba mana nak tahu jadi ke tidak kan.
Nahh, bahan-2 dia mudah jer. 
Ice Cream ikut suka ko la nak apa rasa ngan roti.
Saya buat 4 ketol jer.
So guna 8 keping roti.




Saya gelek roti tu ngan glass. T__T
Ehem... guna je apa yang ada kat umah.
Asal boleh gelek elok sudah.
Pastu letak ice cream 1 scoop.
then tutup ngan sekeping lg roti geleng.
Pastu amik je la tutup tipuware ke, mangkuk ke. ikut suka ko lah.
Kasik tekap elok2 kat  roti tu.
Asal kedua-2 roti tu bercantum n Ice cream x tersembur keluar.
Kira pass la tu..
Pastu letak dalam plastik , simpan dalam peti ice 3-4 jam atau semalaman lebih baik. 
Lepas tu boleh goreng, dalam 2-3 saat, asal roti tu  kaler kuning2 je leh angkat.

Saya g tau husband saya buat  ice cream goreng.
Dalam peti ice.
Dia pon xcited lah buka n amik nak ngappp..
Tuuuuuuuuuuuuuuuu..... belom goreng lagi..
Lahh ingat dah leh mkn.
Ish tu kan x goreng lagi.
Hahh goreng la cpat nak makan.

Aigoooo... x sabar btol.
Nasib baik dah 3-4jam saya buat.
So goreng la utk dia.
X dan nak letak serbuk cinnamon..
Laju je dia ngappp...

Husband req nak mkn lagi.
So kene buat lagi la.
Pastu call mak,
"mak, orang buat ice cream goreng."
"Jadi ke?"
"Jadi lah, senang je buat."
............
Tadi buat lagi ,
esok  cousin nak datang anta biskut batik..
leh bagi dia rasa pulak.



Sila lah cuba...semudah 1,2,3..ngappp :P~



Friday, 8 July 2011

Teringin

Salam,

Dah jumaat ..kejap je rasa.
Dah sebulan lebih juga saya jadi penggangur terhormat.
Ngehngehngeh... takpe nanti dah sihat .
Baru leh cari kerja balik.

Lately ni saya memang teringin nak makan macam-macam.
Kadang rasa teringin nak makan Spagetthi kol 4.30am.
Mana nak cari kan pepagi buat tu. 
Dah sah-sah time tido orang tu.
Yang tak boleh nak tdo ni, mula la meraban tak tentu pasal.
Jadi nak taknak kene lah masak sendiri.
Nak masak kol 4.30am?
Mau kene sound dengan mak gua.
Mak saya tidur kat hall, org suh tido dlm bilik taknak.
Sunyi katanya, kat hall ada tv.
Sian mak saya..nak bagi cucu.
Lambat lagi gayanya,  kene tunggu sihat bebetol.
Sabar le mak erh.
Yang lain tu memang tak guna satu sen pun. Huhhh...


Hari selasa ari tu, teringin nak makan durian.
Bising kat husband suh beli.
Memang kene sound la sedas dua.
Durian tu panas. Mana boleh ku makan.
Memang ke spital la jawab nya.
Pujuk punya pujuk. Husband beli juga 3 biji.
Dapat makan seulas jadi la lepas kempunan.
Lebih nye mak gua la balun. Hahaha
Seulas pun, malam tu 3 kali haku mandi.
Panas ya rabbi, 2 kali muntah. 
Amik lah ubat. T__T nak sgt kan.

Rabu tu, teringin nak minum Ribena kol 3pagi.
Mana ada stok kat umah.
Sms husband suh beli, padahal dia tido sebelah gua. Hahaha
Tak gamak nak kejut. So anta sms je...Erhh boleh pulak.. :P
Dia dgr bunyi sms, terus bangun,
Hahahaha.. sayang punya pasal dengan bini yang buang tebiat ni.
Gagah juga dia pergi 7-E pepagi buta. 
Semata-mata bini dia nak minum ribena.



Pastu teringin nak makan biskut batik yang maklong buat.
Masa tunang dulu dia ada hantar kat umah.
Dapat makan 2 ketul.
Erhh bila tahun tu gua tunang.
Dia punya teringin tu..perghhh x leh tahan woooh.
Sms, kakak sepupu suh minta tlg mak dia buat.
Tapi dah 3 minggu ,member tu bz tak dan nak hantar.
Nak taknak kene buat sendiri lah. Dapat seloyang.
Tapi tak sama rasa cam mak long punya.
T__T.


dapat 3-4 ptg ckp lah.

.....pastu, suh husband bawak bekal g opis..
opismate dia suka. so 2 tipuware dia bawak..
habis juga biskut batik gua..

Malam tadi teringin nak makan gulai tempoyak ikan keli.
Mak tanya, "ko tak teringin nak makan penampar aku?"
Hahahaha.. dan-2 je husband gua ajak g tesco.
Malas nak keluar, tak larat. Tapi sbb teringin, ku gagahkan jua.
Kat tesco tak jumpa lak ikan keli.
Last2 beli ikan mabong 4 ekor. Huhuhu.
Gua mmg kureng sket makan ikan laut.
Kalau ikan sungai bagi jelah tak tolak punya.
Tapi dah tade, tutup mata je lah telan.



Gigih mak masak malam tadi.
Anak dia buang tebiat nak makan kan.
Sebenarnya dia ada agenda lain hari ni.
Pepagi lagi dia dah fly g umah kwn dia.
Tu pasal dia gigih masak mlm tadi. 
Kalo tidak tunggu je lah T__T.
Toche mak.
Teringin nak makan mcm2 , 
dapat rasa sikit jadi lah, Pastu tolak kat orang len bagi abes.

Kol bape ntah pagi tadi,
Tak boleh tdo lagi. Rasa sedih betol.
Tengok org lain tdo elok jer. T__T.
Sms mak, ngadu tak boleh tdo. Padahal mak kat depan tu je.
Mak reply,  

"sabar lah ni dugaan kau, doa kat tuhan banyak2..
mak x blh buat apa selain doa kau sihat"

Menitik air mata baca ...kat siapa lagi nak mengadu kalau bkn dekat mak.
Cuba ko sms kat kawan ko jam 3-4pagi, 
ada ke dia nak balas. kalo dia balas pon mesti dgn makian. hahaha
Emak mana yang tak sedih tengok anak dia sakit?
Cuma, anak je yang tak tahu jaga hati dan perasaan pada mak.
Yang tak tahu tanggungjawab sebagai anak pada seorang emak.
Erhh ni dah mcm entry luahan perasaan pulak kan. Opsss..
Thanx for everything mak and my lovely husband..

Gua tade harta berjuta, gua bukan super engineer.
Gua tade duit sangat nak g berholiday sana sini.
Tapi setakat jaga emak seorang gua tade hal.
Gua sayang mak dunia akhirat, 
biarlah mak suka marah gua pon.
Janji gua ada mak. T__T






errr....
gua teringin nak makan ice cream goreng.
T___T


Sunday, 3 July 2011

I have had trouble sleeping for years ...

Salam...

I suffer from pretty bad insomnia as well.
Tidur hanya 14 jam seminggu.
T___T.
Selalunya dapat tidur selepas subuh dalam 2-3 jam.
Siang memang tak boleh tidur.
Sleeping pills dont work on me.
Bila makan, jadi lagi hyper.

Walaupun tak boleh tidur normal, dan tak cukup tidur.
Siang hari, aktif macam biasa.
Memang sangat tidak sihat. 
T___T.

Macam tadi memang tak tidur langsung.
Jeles tgk husband tidur sikit punya lena.
Sebab tak boleh tdo langsung mlm tadi. 
Masuk bilik depan ni, kemas2 apa yg patut,
lipat kain baju yang dah 2 bakul tu .
Asingkan baju kerja dengan baju utk berjalan2.
Main puzzle..pastu memang flat abes la.
Kata pun tak sihat kan, dok angkat barang2 berat.
Tangan dah mula kebas tade rasa. 
Sakit belakang pun makin kuat .
T__T
Memang dasar tak boleh duduk diam..


Lepas husband solat subuh ajak dia g Tesco
Hahaha.. memang buang tebiat lah.
Kol 8.10 dah kat Tesco.
Shopping barang dapur , 
pastu balik singgah pasar tani depan rumah.

Beli lauk basah pulak,
Beli sayur, dgn daging.
Udang ngan ayam dah beli kat tesco.
Selalu pasar tani ni buka petang.
Mungkin takde sambutan kot.
Dia buka pagi lak.
So tadi siapa yg dtg pasar tani, dapat seplastik sayur2 free.
Ni untuk tarik orang ramai dtg pasar le kot.

Sayur tu boleh lah masak sayur campur, tadi ada beli kubis bunga.
Limau tu leh buat air, buat sambal belacan + mangga muda pon sodap



Skang rasa nak pengsan je.
Mak dah bising. Tahu tak sihat.
Pergi berjalan ke Tesco.
ke pasar tani.
Dah tu, nak suh gua nangis ke ,
mengenang nasib tak boleh tidor.
Tak boleh tidur satu hal lah. 
Bukannye boleh buat kerja2 berat sangat.
Kang sakit menyusahkan dia juga.
T__T.
Tak pepasal kene marah pulak.
Yelah2.. org duduk goyang kaki je lah .


Ni pun tgh berkira-2 nak buat biskut batik.
tapi mak gua da masuk dapur,
harapan je lah nak mencelah sama.
Mau kene pelangkung.
Mak gua tu garang ..
T__T


Friday, 1 July 2011

Rio

Salam,

Lamanye tak update blog. Tade cerita best pon. Sementara tgh duduk sesaja kat rumah, tade buat apa.Hari ni time untuk cuci sangkar burung. Memang cuci seminggu sekali. Iaitu hari jumaat.

Saya ada bela seekor Burung Serindit atau nama lainnya Blue-crowned Hanging Parrot.
Burung Spesis ni adalah dilindungi dan dibawah akta 76/72 if tak silap. If bela banyak-2 kene ada lesen. Tapi saya bela seekor jer. Guna lesen memndu sudah. Hahaha...Opss, lesen memandu nak xpired dah 5hb ni..T___T




Burung ni adalah pemberian bapa angkat saya. Memang dia bela burung ni, banyak ekor juga. Tak tahu lah if dia ada lesen ke tak bela burung ni. Asalnya dia bela seekor dua juga. Lepas tu, burung yang dibelanya tu jenis burung pemikat. So banyak juga lah burung2 se-spesis nya dtg dekat  sangkar. So pakcik ni tangkap la. Kira burung serindit yang dia bagi kat saya ni, fresh punya. Memang  garang, paruh tajam, dia patuk tangan husband hari tu, berdarah sket.


Diet burung ni, buah-buah dan bijian.. Lupa lak pe nama bijian tu. Saya bagi dia mkn buah epal jer. Burung ni mmg suka kaler merah. Ni pakcik tu yg cakap. Saya tatau la dia suka kaler apa. Tapi saya suka kaler biru. Hahaha... Senang nak jaga dia ni, letak dlm sangkar tu, ada air, ada makanan. Dah cukup.. burung ni kalo tak minum air 3 hari. Dia akan mati. .Burung ni  kalo tidur, kaki ke atas bdn kebawah cam  kelawar.

Serindit saya ni nama nye RIO. Ni husband yg bg nama. Kalau ikut saya, nama lain saya nak bg. Nama jawa gitu. Hahaha... Memang Rio ni sangat takut dengan saya. Padahal saya ni tuan dia. Kurang asam punya burung, memilih ko yer. Huhhh.

Rio ni jenis pemikat. Memang banyak juga la spesis burung liar yang hinggap kat sangkar dia tu. Pastu mmg riuh dia ni. Tapi cuba bila saya try nak pergi kat dia. Dan-dan tu senyap. Ingat aku ni hantu ker? . Dia mcm tau-2 je saya menghendap dia.. Tapi dgn mak , husband n adik2 saya dia ok lak. Grrrrr....


Ala, sebenarnya tak heran sgt if RIO tu takut ngan saya.. before this pun saya ada bela binatang peliharaan juga cth nya kucing. Owhh ni adik2 saya yg bela. Kucing2 tu pon mmg takut ngan saya. Nak2 lagi bila saya merenung kat mata kucing tu. Pastu bela ikan. Dua kali tenung ikan pon mati. Huhuhu.. Paling best bela ikan puyu. Adik yg kecik tu hadiahkan seekor puyu masa saya pindah masuk rumah ni, Kecik je besar dua jari. Dua tahun bela. Asal saya lalu je dpn aquarium dia meloncat2 mcm ikan gila. Ingat dia excited nampak saya. rupanya dia takut. Husband lalu elok je tenang dlm tu. Bila bg mkn dia meloncat.2 Sebab takut nya pasal, dia x besar2 sampai dia mati. Tragis betul lah pengalama ku dgn hewa2 ni. Mintak2 RIO berumur panjang . Hihihihi




Rio ni burung jantan yang penakut dengan tuannya.
T___T

Tuesday, 21 June 2011

Fasa pertama....

Salam,

Syukur,  umur masih dipanjangkan lagi.
Alhamdulillah, lima hari pertama merentas sempadan nyawa. Berjaya!!!
Fasa kedua, akan mula tak lama lagi.
Perjuangan ini masih panjang. Ini baru permulaan.
Moga apa yang direncanakan dirahmati Allah.

Apa perasaan aku sepanjang tempoh ni?
Jujur dari hati, perasaan aku adalah tenang.
Tidak ada lagi kerisauan atau beban yang menghimpit.
Usaha, ikhtiar dan tawakal.
Selebihnya, aku berserah pada-NYA.






..... masih disini menanti fasa kedua bermula esok atau lusa. :)

Tuesday, 14 June 2011

.... sayonara

Salam,
Ada lagi ke yang menjengah blog ni?
Nampak macam suram jer.
Itulah pasang surut kehidupan.
:)

Saya nak berjalan jauh ni.
Selagi nyawa masih dikandung badan,
selagi nadi masih berdenyut.
Perjuangan akan diteruskan.
Hingga nafas terakhir.

Andai ada salah dan silap selama ini,
serendah hati mohon diampun
 Kalau diizin Allah.
Adalah entry baru,
jika tidak ini yang terakhir.




*************************************

Bintang Barat terbit petang
Bintang Timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi



Saturday, 11 June 2011

Holika Holika..

Salam,

Huiii, lama kan tak update ttg make up ?
Sekarang mood adalah malas.
Percaya lah, dah 11 hari langsung tak sentuh skincare.
Cuci muka dengan cleanser jer.
Lepas tu, biar.
Sebab?
Malas.
Sebab lain,
Kecewa,
Sebab lain dari tu?
Malas,kecewa, tade mood.
T___T.

Make-up pun tak sentuh,
(takkan nak bermake-up dalam, rumah kot. Kang husband kata haku buang tebiat.
melainkan Lip Balm kesayangan.Dia bukan boleh kalau haku buang benda pelik2. Meroyan nanti. Hahaha..Opss..!!!)
Lip balm E.H tu pun dah lunyai aku kerja kan.
Pakai pun sebab  bibir adalah sangat kering.
Minum air bergelen pun rasa dry.
Sebab cuaca panas. Salah satu  punca utama.
Sebab makan ubat.
Sebab lain juga..
T___T.

Dah lah, Skang ni nak cerita ttg Holika-Holika pulak.
Panjang betol intro nya.
Ada satu reader blog ni, email saya.
Tanya apsal dah lama tak update ttg Produk E.H.
Dik, tu intro kat atas. Harap puas hati.
Akak ko ni, masih dilanda sindrom, #MNBAA
Ampun yer!!!.

Bebaru ni.. Pn. Yana tu kan pergi Korea for holiday.
Jadi sebelum dia pergi tu, rajin juga sembang2 ngan dia.
So, alang2 dia nak pergi sana.
Kita kirim lah satu barang. 
Nak pergi tak mampu kan.. .Huhuhu.
So, saya kirim dia produk Holika-holika.
Kat sini belum masuk lagi rasanya.

Saya berkenan dgn rupa paras Blusher ni...errr blsuher ke? sapu satu muka? 
Ikut kata yana. Holika-holika ni  price nya sikit mahal dari E.H.
Tapi tape lah, kita beli  la satu barang.


 Merry Holika All Over Face

Suka tgk kucing dlm tu. Sayang nak pakai.
Tapi kalau tak pakai skang bila lagi?
T___T




Ada banyak color/shade dlm ni.
Texturenya soft & shimmer.
So pakai sikit2 je.
Kalau tidak muka akan jadi mcm pokok krismas, berkilat2.
Nak cantik pakai waktu malam lah.
Tapi kalau muka dah buruk. 
Pakai apa pun x cantik. huahuahua






Monday, 6 June 2011

I felt a release while drawing and coloring.!!!

Salam,

Bosan nya hari ni.
Err,sebenarnya hari-hari pun bosan.
Saya dah berapa hari tak boleh tidur.
Malam tak lena tidur. Siang nak tidur tapi mata x mau lelap.
Haishhhh...Entah apa dirisaukan pun tak tahu..
Dulu masa saya tgh jiwa kacau, x sihat..etc2
Saya memang suka melukis.
Tapi lukisan saya tak secantik orang lain.
Bagi saya melukis tu salah satu terapi.
Kat situ lah tempat mencurah rasa, marah ke, happy ke sedih ke.
Sampai satu tahap, melukis dengan perasaan yang melampau.
Jadi hasilnya pun melampau lah.
Hahaha..
Semalam saya dah start mengemas bilik tengah tu.
Nah banyak lah khazanah lama jumpa balik.
Antara nye lukisan2 saya dulu-dulu.
Barang-barang Scrapbook yang satu pun tak terusik sejak beli. T__T
Lepas ni ada masa, leh  start buat ...kalau rajin.

 Lukisan pemandangan..guna water color jer.


 
 Lukisan ni sambungan dr yang atas tu, tapi.. tak siap...sebab..malas

 Lukisan asal ni dari gambar postcard x silap saya.
Water color juga ni.


 Ni pun tak siap juga..

 pastu sambung buat ni.. dan tak siap juga...lol..

Nanti kalau ada kerajinan,masa lapang,mood yang bagus.. 
mungkin saya akan cuba siapkan mana2 drawing & coloring yang tertangguh tu.

Ada lagi dua drawing yg betol2 saya suka.
Lukisan bunga kemboja putih dan pemandangan tepi pantai.
Dua-dua lukisan tu saya dah  hadiahkan pada Mummy.
Drawing x cantik pun ada hati nak bagi kat orang.. huahuahhau

Thursday, 2 June 2011

Survivor...!!!!

 -------------


........................ masih setia  menemani hayat ini.
Terus subur menyemai benih, menakluk segenap ruang,
akar sudah menjalar, jajahan takluk makin luas dan besar.
Panasnya melawan rasa, hilang, lalu gugur satu persatu.
Entah sampai bila mampu teruskan perjuangan ini ,
takut tersungkur dimedan juang.
Tak apa lah , kalau ini jalan ceritanya.
Setulus hati saya menerima.
Sesungguhnya hidup dan matiku kerana Allah SWT..!!!

Wednesday, 1 June 2011

Gunting dalam lipatan

Salam,

Hai hari ni 1st June.
Kira dah setengah tahun berlalu.
Apa cer?
Setengah tahunb yang saya lalui ni, 
penuh dengan duri dan dugaan.
Manis nya cuma beberapa detik jer.
Tapi apa pon yang terjadi.
Hidup mesti diteruskan.
Takkan nak lari dari realiti?
Takkan nak  menolak takdir yang dah ditetapkan?
Erhhh..sudahlah..




Semalam, saya pergi gunting rambut.
Bukan lah panjang  pon rambutnya.
Rambut saya lebat. 
Saya pulak  bila rambut panjang sikit je mudah kene sakit kepala
Tapi sebabkan  teruk sangat gugurnya.
So elok la dipotong.
Lagipon saya mmg tak pernah berambut panjang.
Tak pernah merasa ikat rambut.




Tapi yang saya menyampahnya.
Everytime saya masuk saloon.
Mesti dorang akan bising cakap, dah pendek ni.
Jangan potong.
Erhhh, rambut  haku suka hati lah.
Lagipun engko  takkan rasa perasaan haku bila tengok rambut sendiri  berguguran setiap hari.
Dah la rambut jenis lebat.
So dalam dok membebel tu , amoi tu gunting juga rambut saya.
Sikit je pon gunting. 
Tapi  bila tengok rambut yang  gunting tu  kat lantai dah mcm gunting sampai botak lak. Hahaha
Baru dia admit yg rambut saya ni gugur n lebat.
Huhhh.. saya tau la apa yang terbaik utk  rambut ni.
T___T
Musim2 panas camni, memang  merimaskan
Lately ni saya memang tak berapa sihat sangat -sangat.
Heyyy bertabahlah..
:))



Saturday, 28 May 2011

Etude House : New Arrivals

Salam,

Just  a quick update ...!!!
Tadi petang saya singgah  Etude House kejap.
Nahhh.. ada beberapa product baru sampai.


Blusher : Face Color Corset.
Ada empat color.
Hujung yang  choc tu. Untuk shading.
Saya suka yang dua-2 kat tengah tu.
RM29.90.
Blusher sahaja. Takde puff / brush
So kene guna brush / puff sendiri lah untuk blusher ni.
Saya belum beli lagi ni.
Tadi pun kelam kabut jer.
Kawan saya singgah beli skincare.
Nanti lah dah ok sikit saya pergi terjah lagi :)

Selain  blusher ni, ada BB cream,Eye mask sheet, facial cleanser, Hand lotion.



BB Cream Total Age ni mahal gila wooo. RM90.00++
Datang dengan satu color je. Tak sesuai untuk skintone yang ala-2 Halle Berry.
So lupakan aje lah Bb ni. T___T.
Bau dia x sedappp..



Open Eye Mask Sheet tu pulak. RM15.90
Saya tak pasti apa fungsi nye. Tadi tengok gitu-2 je.
Yang kaler2 dalam tiub comey ni .
Facial Cleanser ada 5 jenis.
Setiap satu ada bau dan  vitamin lain-lain.
RM16.90.
Kecik je, macam hand lotion collagen tu. "_*.

Wish list saya sekarang ni,
Saya nak  beli Darling cream.
Tapi  price adalah mahal.
So kene tunggu dia turun harga atau disc nanti.

Bulan Jun nanti ada lagi sale. 
Tapi tak banyak lah.
Untuk make up- 20%
Skin care 10 %.
Sekarang punya sale lagi ok dari yang bulan Jun nanti.


ALOHAAAA..!!!







Okey...
Ni bukan quick update...
Ni dah long update..
K lah bye!!!


T____T

Sunday, 22 May 2011

I love you Hunny Bunny...!!!

Salam,

Malas nye nak update blog.
Malasnye nak buat apa-apa.
Malasnye nak menghabiskan sisa-sia waktu yang masih berbaki ni.
Lepas je berakhir semua ni.
Tak perlu fikir dah tentang hal2 tu.
Tak perlu susah hati dah setiap hari.
Tak perlu nak menghitung hari detik demi detik,
Biarkan semuanye berlalu pergi.
Fuhhhh..!!!!


Weekend ni tak kemana-mana pon.
Padahal husband dok ajak pergi tengok wayang.
Janji nak belanja dia tengok F&F5.
tapi sebab kan MALAS.
Semua benda tak jadi.
Kesian husband ku sayang.
Im sorry. Binimu ini tengah mengalamai sindrom "MNBAA"
Bertabahlah, tak lama lagi sindrom ni akan hilang.
Kita layan movie dari pagi samapi ke malam yer.
<3<3<3

Tadi saya mengemas meja makeup.
Husband dah bising, cakap bersepah-sepah barang make-up ku itu.
Hahahaha, so dengan malasnye.Saya pon mengemas lah apa yang patut.
Ini kes pakai, campak then blah.
Ishhh..teruk sungguh sindrom MNBAA tu.

Inilah salah satu kotak ajaib saya.

 I love you Hunny Bunny.


 Cuba teka apa ni?